Pengumuman Daripada: U-Science

 

Jadual Program Malaysia Techlympics 2024 Zon Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) telah melantik Universiti Malaysia Sabah (UMS) Rakan Strategik bagi penganjuran program Malaysia Techlympics 2024 (MT2024) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijadualkan pada 4-5 September 2024 bertempat di Dewan Kuliah Pusat ke-2 (DKP2) 
 
Sekian.  

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Merdeka & Hari Malaysia 2024 Promo
Balik Kampung Set Kit
VIVIFY Herbal Soap & TREAL Shampoo
 
Selamat Hari Merdeka & Hari Malaysia 2024 dari HUMS Pharma! 🇲🇾
 
Dalam semangat kemerdekaan, kami di HUMS Pharma ingin menghargai sokongan anda dengan tawaran diskaun istimewa!
 
Nikmati diskaun 5-10% untuk semua produk kesihatan dan suplemen sepanjang bulan Ogos hingga September.
 
Jangan lepaskan peluang untuk menjaga kesihatan anda sambil meraikan hari bersejarah ini bersama kami.
 
Kunjungi HUMS Pharma hari ini dan manfaatkan promosi hebat ini! Merdeka! Malaysia Madani! 🎉
Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS)

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sajahtera dan Salam keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa anda dijemput untuk menyertai ANUGERAH IKON KEUSAHAWANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (AIKUMS) 2024. Sertai kami dalam Anugerah Ikon Keusahawanan Universiti Malaysia Sabah 2024 (AIKUMS) dan rebut peluang anda untuk bersaing! Ini adalah platform terbaik untuk anda menyerlahkan kemahiran dan inovasi keusahawanan anda di peringkat tertinggi.  Oleh itu, pihak kami memohon pihak tuan/puan untuk menghebahkan program tersebut.
 
Tajuk: ANUGERAH IKON KEUSAHAWANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (AIKUMS) 2024
 
📅 Tarikh Penting:
- 18 Okt 2024: Tarikh tutup penyertaan
- 04 Nov 2024: Sesi Penjurian
- 21 Nov 2024: Tarikh Majlis Anugerah
 
🔖 Kategori Penyertaan:
- Kategori A: Anugerah Institusi Terbaik (Keusahawanan)
- Kategori B: Anugerah Ikon Usahawan Terbaik (Pelajar)
- Kategori C: Anugerah Ikon Mentor Keusahawanan Terbaik
- Kategori D: Anugerah Ikon Penyelaras Keusahawanan Terbaik
- Kategori E: Anugerah Ikon Usahawan Kelestarian Terbaik (Pelajar)
- Kategori F: Anugerah Ikon Usahawan Inovasi dan Teknologi Terbaik (Pelajar)
 
📲 Daftar Sekarang!  
🔗 Daftar di sini: 
 
Daftar sebelum 18 Oktober 2024 dan mulakan perjalanan anda sekarang! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 📞 +60 013 8044 / 016 8775 / 019 3436 924 atau email ke 📧 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.