Pengumuman Daripada: Pusat Alumni UMS

 

Salam Sejahtera,
 
YBrs. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alumni telah menerbitkan Alumni Newsletter edisi Jan-April Tahun 2024.
 
Imbas QrCode untuk mendapatkan newsletter anda atau klik pautan https://bit.ly/AlumniNewsletterVol12024
 
Newsletter terdahulu boleh dicapai di Laman Web Rasmi Pusat Alumni di pautan berikut : https://www.ums.edu.my/alumni/index.php/references/buletin-alumni
 
Sekian.
 
Ikhlas daripada
Pusat Alumni UMS
#StayConnected

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Pengambilan makanan tinggi sumber kalsium amat penting untuk Kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis.

Lakukan saringan kesihatan tulang anda pada Hari Kemuncak NMM UMS, bertempat di FSMP UMS pada 24 Mei 2024, 8 pagi – 4 petang. 

#NNM2024UMS #fsmpums #nutrition #nutriclub

Maklumat pemakanan di atas adalah garis panduan umum. Sila rujuk ahli pemakanan & ahli dietetik berdaftar untuk nasihat pemakanan individu.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Salam para responden yang dihormati,

Tinjauan ini adalah untuk menganalisis keberkesanan Laman Web UMS semasa dalam menyediakan data yang diperlukan oleh pihak berkepentingan dan pelawat. Oleh itu, kami amat berharap anda dapat meluangkan masa yang sangat berharga untuk melengkapkan soal selidik dalam borang Google ini.

 

Kajian Kepuasan Pengguna Laman Web UMS 

 

Sebagai rujukan, laman web UMS boleh dicapai di www.ums.edu.my.

Maklum balas anda tidak akan diambil secara individu tetapi akan dikumpulkan bersama bagi membentuk satu pengukuran kepuasan pengguna yang menyeluruh. Kesudian anda untuk membantu dalam penambahbaikan laman Web UMS kami amat dihargai.

 

Terima kasih.

 

Dr. Jakaria Dasan, Ketua penyelidikan (Pengarah PKK) – Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Dr. Lilian Lee Shiau Gee (ASTIF) – Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
En. Che Hasruddin Che Hassan (Ketua Sektor Komunikasi Strategik PKK) – Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

HARI KEMUNCAK NUTRITION MONTH MALAYSIA (NMM) 2024

 

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan Hari Kemuncak Nutrition Month Malaysia (NMM) 2024 yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud akan diadakan seperti berikut:

🗓Tarikh: 24 Mei 2024

⏰Masa: 8.00 a.m - 4.00 p.m

📍Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah

 

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik termasuklah saringan gula darah percuma, saringan tulang, runding cara pemakanan, trak makanan dan lain-lain

 

📌Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan IPT Negeri Sabah (Masuk adalah percuma)

📌Terdapat cabutan bertuah dan hadiah menarik menanti anda!

 

Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan