Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

✒ MEMAHAMI HARTA AL-MUSTAFAD ✒

Konsep Al-mal Al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.
 
 
📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
 
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Pusat Islam UMS
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
 
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."
 
(At - Taubah 103)
 
#zakatmembawaberkat
#UMSShare
 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam

 

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG BANTUAN ZAKAT PELAJAR

Sukacitanya Pusat Islam mewakili pihak Universiti Malaysia Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi yang menyumbang kepada bantuan zakat pelajar asnaf UMS iaitu Bahagian Zakat & Fitrah (BZF), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
 
Semoga agihan sumbangan zakat ini mampu meringankan bebanan pelajar dan membantu membangunkan taraf ekonomi asnaf UMS
 
#zakatmembawaberkat
#membangunbersamaasnaf
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Radiologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Jabatan Radiologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah ingin menjemput anda menyertai kursus webinar seperti ketetapan berikut:
 
Kursus: Acute Cases in Primary Care: Radiology- Multidisciplinary Webinar 2024 
Tarikh : 11 Mei 2024 (Sabtu)
Masa : 08:00 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi : Webex platform
Yuran: RM40 (Doctor), RM20 (Medical Students/ Allied Health Care Providers)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang yang disediakan.
 
Sekian, terima kasih.