Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru & Keselamatan Maritim UMS

 

📢 JOM SINGGAH KE PASAR EKONOMI BIRU! 🌊

Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim UMS menjemput semua warga UMS untuk berkunjung ke Pasar Ekonomi Biru yang akan diadakan di Pantai Kemudi Ilmu@ODEC pada butiran berikut:

 

Tarikh         : Bermula 2 Januari 2026 Setiap hari (Isnin – Ahad)

Masa           : 12.00 tengah hari – 6.30 petang

Tempat       : Zon A Pantai Kemudi Ilmu@ODEC UMS

 

Pelbagai jualan hasil laut, hasil pertanian dan  ikan bakar  menanti anda.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
HEBAHAN PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5 TAHUN 2025 - GARIS PANDUAN PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS (BEKALAN DAN PERKHIDMATAN) DAN LANTIKAN TERUS (KERJA-KERJA) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DAN BILANGAN 6 TAHUN 2025 - TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2026
 
Tuan/Puan
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Bersama ini dilampirkan poster berkaitan Pekeliling Bendahari Bil. 5 Tahun 2025 - Garis Panduan Perolehan Pembelian Terus (Bekalan dan Perkhidmatan) dan Lantikan Terus (Kerja-Kerja) Di Universiti Malaysia Sabah dan Pekeliling Bendahari Bil. 6 Tahun 2025 - Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 2026 untuk tujuan hebahan kepada semua PTJ. Pekeliling ini juga boleh dicapai melalui pautan berikut:
 
 
 
Kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

 

Announcement From: Hospital UMS

 

HUMSPHARMA Year End Sales 2025 Catalogue
Vivify

 

Celebrate the holiday season with HUMSPharma’s Year-End Sale and share the gift of health with your loved ones! Enjoy up to 15% off on supplements, kids’ gummies, and mobility aids. Give wellness this festive season and spread the joy of good health!
 
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Kejuruteraan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan FKJ, dimohon YBhg. Datuk/Prof./Sr./Ir./Ts./Dr./tuan/puan untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan atau imbas kod QR seperti berikut:
 
Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini adalah amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Sekian.