Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP)

 

Sukacita dimaklumkan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang akan menjalani Latihan industri pada semester seterusnya adalah dipelawa untuk menjalani latihan industri di Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS (PKPKP). Penempatan pelajar latihan industri di Sektor/Unit adalah disesuaikan mengikut bidang pengajian yang dipelajari. 

 

Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar adalah bersesuaian dengan pelajar yang ingin menjalani latihan industri tidak kira di dalam bidang keusahawanan, pengurusan pejabat, pemasaran, kaunseling dan perniagaan seterusnya juga sesuai untuk pelajar yang ingin mendapatkan pengalaman bekerja di dalam sebuah organisasi. 

 

Sebarang pertanyaan dan permohonan boleh dihantar melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2023 mulai 15 Februari 2023.

Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan  https://mygrants.gov.my .

Tarikh tutup permohonan bagi skim geran penyelidikan ini adalah 14 April 2023 (termasuklah penulisan Proposal/ Penilaian/ Penambahbaikan)

Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

  1. Kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/tuan adalah dimohon mengemaskini maklumat profilPenyelidik di dalam Sistem MyGRANTS untuk tahun 2023. Pengemaskinian maklumat tersebut perlu dibuat sebelum atau pada 15 Februari 2023 (Rabu).  
  2. Segala perhatian YBrs. Prof./Dr./tuan/tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Yang dihormati Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan

 

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan EcoCampus UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi tujuan penilaian dan meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi tahun 2023.

Bagi tujuan tersebut kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah:

 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=ECOCAMPUS

 

Terima kasih atas kerjasama untuk menjadi responden dalam kajian ini serta menjadi pelanggan setia kami.