Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong telah perkenan mengurniakan Anugerah Asia Pacific Leadership Award for Commisioners bagi pihak badan dunia World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) kepada Prof. Madya Dr. Janice Nga Lay Hui dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Janice atas pengurniaan tersebut.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Fakulti Komputeran dan Informatik UMS atas kejayaan memenangi First Prize Huawei ICT Competition 2021-2022 Global Final Kategori Inovasi.

Nama peserta: Dr. Tan Soo Fun, Mr. Lee Ren Ting, Ms Chris Lo Ka Man, Mr. Gavin Teo Juen
Nama produk inovasi: 2Secure IoT-based SmartMeter Data Intelligence for detecting Non-Technical Losses in Developing Countries
Tajaan dana: UMS Internal Grant Skim Dana Khas(SDK01652020 RM 44500) dan KPT FRGS05302020 (RM136716)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Normah Abdul Latip atas pelantikan sebagai Pengarah Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS).

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi

Subjek: Jemputan Menyertai "BRI Eminent Speaker Series"

 

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya Institut Penyelidikan Bioteknologi menjemput YBhg Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan bersama-sama dalam acara BRI Eminent Speaker Series seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 29 Jun 2022 (Rabu)

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Pautan WEBEX: https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=mb1a11a9f62fdaf89728bb33ad36950e1

Penceramah: Prof Dr Jong Soo Lee (Felo Penyelidik Bersekutu, Institut Penyelidikan Bioteknologi)

Tajuk Ceramah: Study on Phytochemical Compounds from Mangosteen Pericarp Extract. (Subtitle: Utility of alpha-mangostin and how to separate it effectively.)

Yuran penyertaan adalah percuma dan mata IDP disediakan.

 

Sekian. Terima Kasih.