Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik [PPKA]

 
 
Sempena Penganjuran Minggu Akademia UMS [3-10 Oktober 2024], PPKA menjemput untuk bersama-sama menghadiri program Wacana Akademia : Leading Sustainable Change:The Role of Educational Leadership yang akan disampaikan oleh  Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 4 Oktober 2024 [Jumaat]
Masa: 8.30 pagi [ketibaan dan pendaftaran kakitangan] 
Tempat: Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
  
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
  
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT (PKK) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 
  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
  
2.    Sukacita, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan PKK dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah: 
  
Pautan Kajian Pelanggan PKK : 
  
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
  
Sekian. 
 
 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Berdasarkan Pekeliling Perpustakaan UMS Bil. 6/2022: Garis Panduan Penyenaraian Bahan Rujukan, semua fakulti, akademi, pusat, dan institut dikehendaki mengemas kini senarai bahan rujukan yang digunakan dalam kursus masing-masing mengikut panduan berikut:
  1. Kemas kini Bahan Rujukan:
    • Pastikan semua bahan rujukan yang disenaraikan dalam Table 4 setiap kursus adalah sekurang-kurang 5 tahun terkini.
  2. Tarikh Penyerahan:
    • Sila kemas kini senarai bahan rujukan terkini pada setiap semester.
Usaha ini selaras dengan garis panduan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan penting untuk pengekalan akreditasi program-program yang ditawarkan di UMS.
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada alamat perhubungan yang tertera.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Perpustakaan UMS menjalankan Kempen Derma Buku 2024 sama ada sumbangan bahan bacaan terpakai atau baharu. Buku Ilmiah, motivasi, agama atau novel. 
 
Sumbangan boleh disalurkan ke peti "Book Donation" Perpustakaan UMS atau ke Unit Hadiah dan Pertukaran Perpustakaan UMS.
 
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada nombor yang tertera.