Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Skim Dana Penerbitan Buku (SDPB Siri 1/2026 dan Skim Dana Modul Pengajaran SDMP Siri 1/2026 kini dibuka!
 
Tarikh Buka: 2 Februari 2026
Tarikh Tutup: 2 Mac 2026
 
Garis Panduan, Borang Permohonan dan dokumen berkaitan boleh dicapai dengan melayari laman web Penerbit UMS atau melalui pengimbasan kod QR yang disediakan. Permohonan boleh dihantar ke Penerbit UMS, aras 2, Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Isnin-Jumaat, 9.00 pagi - 4.00 petang.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn. Ainun: 013-8711716/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
Pn. Alecia: 014-6777518/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
Pn. Veronica: 014-5586647/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

 
Kepada kakitangan UMS yang telah memohon pendahuluan diri/pelbagai, mohon mengemukakan laporan pendahuluan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan PENALTI & POTONGAN GAJI.
 
Kerjasama dan perhatian  YBrs. Dr./ tuan/ puan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

TAKLIMAT KADAR KHAS YURAN PENGAJIAN BAGI PEGAWAI UMS DAN ANAK KEPADA PEGAWAI UMS YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Kadar Khas Yuran Pengajian Bagi Pegawai UMS Dan Anak Kepada Pegawai UMS Yang Melanjutkan Pengajian Di Universiti Malaysia Sabah akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
Masa     : 05 Februari 2026 (Khamis)
Masa     : 10.00 pagi
 
Bersama ini dilampirkan poster berkaitan taklimat untuk tujuan hebahan kepada semua pegawai Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.