Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo
 
 
 
Salam sejahtera,
Makluman tarikh operasi pada hujung tahun 2023, untuk aktiviti lawatan ke Akuarium dan Muzium Marin, Institut Penyelidikan Marin Borneo:
 
Tarikh tutup:
24 - 26 Disember 2023 (Cuti Umum Perayaan Krismas)
30 Disember 2023 - 1 Januari 2024 (Cuti Hujung Tahun)
 
Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pihak kami di talian 088-320000 samb. 213305 (Kaunter Tiket) dan lawati Laman Facebook https://www.facebook.com/UMSAkuarium/.
 
Sekian, terima kasih dan harap maklum.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN FSMP TAHUN 2023

 

Terima kasih kerana berurusan dengan pihak Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP). Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut:

 

https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=140&key=FSMP

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo

 

Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa pengusaha yang berminat untuk mengemukakan kertas cadangan perniagaan (bussines proposal) menggunakan fasiliti Inkubator Akuakultur.

 

Sila kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut;

 

  1. Profil Syarikat (Latar Belakang Syarikat, Lesen Perniagaan, Lain-lain Maklumat)

 

  1. Kertas Cadangan Perniagaan (Business Proposal) [Nota: Boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris]

 

  1. Pengalaman syarikat dalam bidang akuakultur (Nyatakan nama projek akuakultur yang dikendalikan sebelum ini) [Keutamaan akan diberikan kepada pengusaha yang mempunyai pengalaman secara langsung dalam bidang akuakultur sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun)

 

  1. Penyata Kewangan Syarikat (sekurang-kurangnya 3 tahun atau selama tempoh beroperasi)

 

Kertas cadangan perniagaan berserta dengan dokumen berkaitan hendaklah dihantar melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Tarikh Tutup : 29 Februari 2024, Sebelum Jam 12.00 Tengah hari

 

 

 

Announcement From: International Journal of Food, Faculty of Food Science and Nutrition, UMS
 
 
 
 
Assalamualaikum w.b.t. and A Very Good Day
 
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof. Dr./Assoc. Prof. Dr./Dr./Ir./Sr./Engr./Ts./Tuan/Puan
 
Heartiest greetings from the IFJ!
 
International Journal of Food (IJF)  invites you to submit your article for publication(s). The journal will publish research articles, short communication, and review articles with no publication fee.  IJF is a peer-reviewed and open-access journal. Highlight your research and enhance its visibility to your field and community by submitting in our journal.
 
For more information on IJF and submission guidelines, please visit the following page
Journal/submission website:
 
 
We look forward to receiving your submission!