Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Masjid UMS akan mengadakan solat sunat Aidiladaha 1442H/2021M pada ketetapan berikut :

 

Tarikh: 20 Julai 2021 (Selasa)

Masa: 7.30 pagi

Tempat: Masjid UMS

 

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang dibenarkan untuk solat Hari Raya Aidiladha adalah tuan/puan yang telah lengkap menerima dua (2) dos suntikan vaksin. Tuan/puan juga diingatkan agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh JHEAINS sepanjang berada didalam Masjid UMS.

 

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

 

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

 

In collaboration of U-Science UMS, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) and Borneo Marine Research Institute (BMRI)

 

Prof/Dr/Sir/Madam/Ms are invited to join our STEM Speaker Series as listed in the attached poster via Youtube Live platform (Channel : Pusat UScience UMS).

 

E-certificate, IDP/ SDP will be provided to all participants.

 

Thank you.

 

Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah

 

LAMPIRAN: Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA Kali Ke-24 (.pdf)

 

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

 

YBrs. Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA (MAT KESUMBA) akan diadakan secara dalam talian pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 16 Julai 2021 (Jumaat)

Masa: 8.00 pagi

Webex: https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=mb3ffd9d8ed90c0d7093d18a9aff1ba9c

Bahan Mesyuarat: http://shorturl.at/ozAIT

 

Menariknya pada MAT KESUMBA kali ini, terdapat CABUTAN BERTUAH menanti para ahli KESUMBA yang hadir!!! Dilampirkan bahan mesyuarat untuk rujukan pihak Prof/Dr/Puan.

 

Sekian, terima kasih.