Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

INFAK DAPUR RAHMAH 
 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah membuka peluang Infak Dapur Rahmah Masjid UMS melalui potongan gaji HR Online UMS.
 
Sumbangan anda akan dimanfaatkan untuk: 
🍽 Program iftar sepanjang bulan Ramadan
🌙 Iftar Isnin & Khamis
🎟 Kupon dan pek makanan percuma aktiviti masjid
☕ Sarapan pagi percuma setiap Jumaat & Ahad
🤲 Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah
 
📖 Sabda Nabi SAW:
“Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa, baginya pahala seumpamanya.”
(HR al-Tirmizi)
 
📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Dapur Rahmah
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320626
 
Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.
Moga setiap rezeki yang diinfakkan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🤍
 
#InfakDapurRahmah
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

TATACARA PERMOHONAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UMS SECARA DALAM TALIAN
 
Dimaklumkan bahawa Permohonan Perlindungan Harta Intelek UMS melalui dalam talian sahaja dan dibuka sepanjang tahun melalui Portal Kinabalu - Finance Management (iics).
 
Pemohon adalah dinasihatkan untuk memastikan permohonan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan dan lengkap, kerana permohonan yang lewat atau tidak lengkap akan diproses pada sukuan seterusnya.
 
👉 Permohonan boleh dibuat melalui: https://iics.ums.edu.my
 
* Tertakluk kepada perubahan semasa / Subject to change

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Sepertimana YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan berjadual sepanjang tempoh pelaksanaan penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan bagi memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan berjalan mengikut perancangan dengan mengambil kira pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta memastikan proses pemantauan dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan.
 
Oleh yang demikian, mohon kerjasama dan perhatian daripada pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan kepada ketua penyelidik di jabatan masing-masing untuk membuat pengemaskinian Laporan Prestasi melalui Borang Progress Report yang dilampirkan. Borang ini hendaklah dilampirkan bersama dokumen-dokumen pembuktian bagi menyokong laporan pencapaian prestasi fizikal dan kewangan (Data sehingga 31 Disember 2025) mengikut skim geran penyelidikan berikut :
 
1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2022 sehingga Fasa 1/2024
2. Skim Geran Penyelidikan Fundamental -Penyelidik Muda (FRGS-EC) Tahun 2024
3. Program Padanan Industri (IMaP) Tahun 2024.
 
Borang-borang berkenaan boleh dimuat turun melalui QR Code yang tertera di infografik yang disertakan. 
 
Laporan hendaklah dihantar melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 20 Februari 2026. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh menghubungi  Puan Rohani Binti Hadi ni nombor telefon : 016-803 2554  atau Encik Afendih Bin Ambrih di nombor : 013-8216167.
 
Sekian, terima kasih.