Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajiankepuasanpelangganPKLM atau imbas kod QR yang disediakan.  
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari

 

 

HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE PUSAT MINDA LESTARI, UMS KOTA KINABALU BAGI TAHUN 2026 UNTUK ANAK BUKAN KAKITANGAN UMS
 
Salam sejahtera,
 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PML mempelawa bukan kakitangan UMS yang berminat untuk menghantar anak-anak bagi mengikuti program-program yang ditawarkan di Pusat Minda Lestari, UMS Kota Kinabalu bagi sesi kemasukan tahun 2026.
 
2.        Tarikh permohonan dibuka bermula pada 21 November sehingga 5 Disember 2025 melalui pautan https://forms.gle/yMZCGxrVtSnVjHD56 . Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam poster iklan yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 088-320000 sambungan 202602/202600 (PML Kota Kinabalu).

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan terhadap perkhidmatan kami.
 
Bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pihak kami sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan. Justeru itu, kami amat menghargai sekiranya YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik ini.
 
Soal selidik boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera di poster atau melalui pautan berikut:
 
 
Segala maklum balas yang diterima akan digunakan sebagai asas penting dalam menambah baik mutu dan keberkesanan perkhidmatan kami.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.