Pengumuman Daripada  : Pusat Penyelidikan Dan Inovasi

Subjek: Pelawaan Cadangan Projek Geran; Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (Mylab)

Pegawai Dihubungi: Urusetia Penyelidikan;

  • Jane Edwin Ading ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
  • Marliana John ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN CADANGAN PROJEK GERAN;

  • MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB)

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan pembukaan geran Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sepanjang tahun. Manakala proses penilaian permohonan pula hanya akan dilaksanakan pada bulan Mac dan September setiap tahun.

 

Sehubungan itu Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk membuat permohonan berdasarkan takwim dan butiran seperti yang dinyatakan di jadual berikut;

MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB)

BIL

PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON

PAUTAN/ RUJUKAN

TARIKH

1

Memuat turun Garis Panduan dan Borang Permohonan MyLAB

http://mygrants.gov.my/main.php?Content=articles&ArticleID=8&IID=

Bermula dari tarikh pelawaan ini dikeluarkan

2

Mengemukakan soft copy permohonan kepada pihak PPPI

Bahagian Pengurusan Inovasi, PPPI

 

Urus Setia;

Pn. Jane Edwin Ading

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pn. Marliana John

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sebelum atau selewat-lewatnya pada

7 Ogos 2020

3

Penilaian Pertama

8-12 Ogos 2020

4

Pembentangan oleh pemohon

13 Ogos 2020

 

Mengemukakan soft copy penambahbaikan permohonan kepada pihak PPPI

20 Ogos 2020

5

Penilaian Kedua

20-24 Ogos 2020

6

Mengemukakan penambahbaikan dan  hard copy permohonan lengkap kepada pihak PPPI

-       Lima (5) salinan borang permohonan (hard copy)

-       Soft copy borang permohonan berserta dokumen lampiran perlu disimpan di dalam CD/ pen-drive

25 Ogos 2020

7

Penghantaran permohonan ke urus setia MyLAB oleh PPPI, UMS

MyLAB, BKPI, JPT, KPT

selewat-lewatnya pada

26 Ogos 2020

Pihak PPPI juga memohon jasa baik dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan pelawaan ini kepada kumpulan akademik di fakulti/ pusat/ institut masing-masing.

 

Segala komitmen dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, dan terima kasih.

Daripada;

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Program Bicara Bersama Ilmuan Siri 2: "Berkorban Apa Saja"

 

YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Islam, UMS akan mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut:

? Tarikh Program: 17 Julai 2020 (Jumaat)

? Masa: 2.30 Petang

Aplikasi Media Sosial: FB Live, Pusat Islam UMS

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi
Subjek: Makluman Penggunaan Aplikasi Whatsapp Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (PPPI) Secara Rasmi

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGGUNAAN APLIKASI WHATSAPP PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI) SECARA RASMI.

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PPPI kini telah mula menguatkuasakan penggunaan sistem aplikasi WHATSAPP secara rasmi bagi tujuan urusan dan hal ehwal berkaitan kaunter perkhidmatan dan fungsian utama PPPI khususnya berhubung penyelidikan dan inovasi.
  2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dengan ini dialu-alukan untuk menghubungi pihak PPPI melalui aplikasi Whatsapp ini berdasarkan butiran berikut;

WHATSAPP: 088-320 127

WAKTU BEROPERASI: 9:00 PAGI - 3:00 PETANG (HARI BEKERJA)

  1. Walau bagaimanapun, waktu operasi bagi kaunter perkhidmatan PPPI masih berjalan seperti biasa iaitu;

KAUNTER PERKHIDMATAN: PEJABAT PPPI

WAKTU BEROPERASI

: ISNIN - KHAMIS
8:30 pagi - 12:30 tengahari
2:00 petang - 4:30 petang

: JUMAAT
8:30 pagi - 11:30 pagi
2:00 petang - 4:30 petang

Bersama ini disertakan poster aplikasi Whatsapp berkenaan untuk perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Daripada;

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI