Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam

 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
 
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). 
[Surah Al-Kauthar: 2]
 
Membantu dan memberi peluang merasai daging Qurban kepada golongan kurang bernasib baik di kawasan pedalaman Sabah. 
 
Sasaran
🏡 Keluarga daripada Murid Muslim dari 14 sekolah Rendah dan 1 Sekolah Menengah di Zon Kiulu dan 5 buah sekolah Rendah daripada Zon Nabalu, Tuaran.
 
🐂 Harga  1 bahagian lembu adalah RM 800.00. 
 
LOKASI
🏩 SK PAHU, TUARAN, SABAH
 
TARIKH
🗓 20 JUN 2024 (Khamis)/ 14 Dzulhijjah 1445H
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi;
 
 
Ustaz Khairol Ikhwan @Mohd Fitri bin Khoza
Pensyarah
Fakulti Pengajian Islam UMS

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 8 Jun 2024 (Sabtu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak pernah menyokong sebarang usaha oleh mana-mana kumpulan pelajar universiti yang mahu mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi sebarang kempen atau protes terhadap isu air mahupun apa-apa jua isu semasa tempatan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, UMS pada dasarnya tidak akan membenarkan sebarang aktiviti yang boleh mewujudkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap ketenteraman awam.

“UMS tidak pernah menggalakkan pelajarnya untuk mengadakan perhimpunan atau aktiviti di tempat awam yang tidak mendapat permohonan daripada pihak berkuasa.

“Universiti percaya sebarang isu boleh disuarakan mengikut prosedur dan saluran yang betul, dan tidak mengambil tindakan secara membuta tuli,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan susulan satu Kempen Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah pada 14 Jun di hadapan Menara Kinabalu yang dilancarkan melalui laman Facebook Suara Mahasiswa UMS.

Kasim berkata, UMS mengecam tindakan kumpulan pelajar itu yang cuba mengajak pelajar-pelajar universiti serta orang awam untuk turun bersama ke perhimpunan tersebut yang bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan terhadap ketenteraman awam, malah turut akan menjejaskan imej universiti.

“UMS menyeru kumpulan pelajar terbabit agar menghentikan kempen dan usaha untuk mengadakan perhimpunan tersebut, serta memberi ruang kepada pelajar universiti lain untuk fokus dalam pengajian mereka di universiti.

“Siswa-siswi juga disarankan agar tidak terikut-ikut untuk menyertai perhimpunan mahupun aktiviti yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa,” katanya.

Ujar beliau, tiada keperluan untuk pelajar UMS mengadakan demonstrasi berkaitan isu air kerana isu tersebut sentiasa diikuti rapat oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud yang kerap mengadakan lawatan ke UMS setiap bulan bagi meninjau perkembangan terhadap kemajuan projek berkaitan bekalan air dalam usaha memastikan bekalan air dapat disalurkan secukupnya di dalam kampus UMS.

UMS juga sedia maklum bahawa pihak Kerajaan Negeri juga telah melakukan yang terbaik untuk menangani bekalan air khususnya di kawasan UMS dan persekitarannya.