Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)

 

 

PROGRAM KEMBARA KOMUNITI

Program kolaborasi antara Kelab Kembara Keluarga Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS dan Kelab Kebajikan Sosial dan Rekreasi, Fakulti Sains Kesihatan UiTM, JOM bantu kami bagi membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda amatlah kami hargai.

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain" [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim] 

Maklumat lanjut hubungi Kelab Kembara Keluarga Perubatan FPSK UMS

Aedelly Rayner 014-8003055

Evelyn Sally 019-8403032

Patricia Sator 010-9523988

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Keselamatan

 

 

Dimaklumkan bersempena dengan Majlis Amanat Naib Canselor yang akan berlangsung di Dewan Bankuasi, Dewan Canselor UMS pada 7 Mac 2023 (Selasa), lokasi Lot Parkir Kenderaan Awam adalah seperti yang dinyatakan.

Sekian, terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera, 

 

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan, 

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa. 

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut: 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=PPUU

atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer 

Maklum balas anda amatlah dihargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan PPUU secara berterusan. Pihak PPUU mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.