Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

Bengkel ini disyorkan untuk penyelidik UMS dan luar yang ingin memohon geran FRGS pada tahun 2023. Penyertaan dalam bengkel ini adalah wajib bagi penyelidik UMS dengan geran dalaman yang ada tetapi belum memperoleh atau mempunyai geran FRGS yang aktif. Yuran penyertaan dan penginapan boleh dibayar menggunakan geran dalaman yang sedia ada.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanat Naib Canselor 2023 akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh  : 7 Mac 2023 (Selasa)

Masa   : 9.00 pagi

 

Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyaksikan Majlis Amanat Naib Canselor 2023 melalui siaran secara penstriman langsung menerusi Facebook Rasmi @UMS.Official dan YouTube @UMSNets Universiti Malaysia Sabah.

 

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita (KESUMBA) 

 
🌸Salam Maju Sehati🌸
 
SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA 
#embraceequity
 
Dimaklumkan KESUMBA akan menganjurkan Sambutan Hari Wanita pada ketetapan berikut :
 
Tarikh : 8 Mac 2023 (Rabu) 
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang 
Perasmian : 12.00 tengahari 
Tempat : Galeri Azman Hashim
 
Sehubungan itu, KESUMBA mengalu-alukan warga wanita UMS untuk turut sama meraikan sambutan ini. Pelbagai aktiviti menarik disediakan pada 8 Mac 2023 dan 'doorgift' disediakan semasa Majlis Perasmian oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS.
 
Bersempena Sambutan Hari Wanita Tahun 2023 ini juga, KESUMBA akan mengadakan beberapa program sepanjang bulan Mac 2023. Dilampirkan adalah poster program-program yang telah dirancang untuk rujukan dan makluman lanjut.
 
Bagi yang berminat, boleh hubungi urus setia bagi setiap program. E-sijil akan disediakan bagi setiap penyertaan sebagai salah satu aktviti di luar tugas rasmi.
 
Raikan Hari Wanita bersama KESUMBA!