Pengumuman Daripada: Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan ingin mendapatkan maklum balas berkenaan Kajian Kepuasan Pelanggan UMS Tahun 2023 bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

2. Mohon Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut:

shorturl.at/moAW9

 

Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Perpustakaan UMS

 

Kempen Menderma Darah 

 

Anjuran Persatuan Penderma Darah (PENDARAS)

Bersama Kelab Staf Perpustakaan UMS dan Rakan Strategik HWKKS

 

" Derma Darah Adalah Semulia Mulia Sedekah"