Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Seri/ Dato' Seri / Dato' / Prof. /Dr. /Tuan /Puan,


PROGRAM TAKLIMAT DAN PAMERAN PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 ZON TENGAH

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi akan menganjurkan Program Taklimat dan Pameran Public-Private Research Network 2.0 Zon Tengah seperti butiran berikut:

 

Tarikh            : 22 Februari 2023

Masa              : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi           : Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz    

  Shah (PKKSSAAS)

  Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang

  Selangor Darul Ehsan

  https://goo.gl/maps/A8NkV3zJGvqXf3s26

 

3. Pelbagai perkongsian menarik akan dikongsikan menerusi Program Taklimat dan Pameran Public-Private Research Network 2.0 Zon Tengah merangkumi:

 

(a) Sesi Taklimat PPRN daripada KPT

(b) Forum Penyelidikan

(c) Pameran Inovasi & Sains Teknologi

(d) Sesi jalinan industri dan suaipadanan teknologi

(e) Perkongsian kisah kejayaan industri dan akademia

(f) Aktiviti booth jualan tanaman, makanan dan lain-lain

 

4. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk Seri/ Dato' Seri / Dato' / Prof. /Dr. /Tuan /Puan, dimohon untuk mengemukakan Borang Pengesahan Kehadiran melalui pautan berikut: https://forms.gle/L7hqykoAoj2hmsuD7. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program ini, sila hubungi pihak sekretariat melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi talian 03-97692188 (Pn. Wan Nuryani) / 603-97691290 (Cik Engku Liyana). Layari laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mengetahui maklumat lanjut:

 

Laman Sesawang : www.pprn.mohe.gov.my

Facebook : www.facebook.com/PPRN.PublicPrivateResearchNetwork

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika (FPT)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan Tropika sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, mohon jasa baik Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan dibawah:

 

  1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, FakultiPerhutanan Tropika, UMS

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=FPT

 

  1. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS (poster)

Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Alumni UMS

Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan (PPAKG) UTeM akan menganjurkan Program Jalinan Holistik Alumni UTeM (Chapter Sabah) bersama Y.Brs. Profesor Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.  

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan UTeM dengan Alumni dalam pelbagai bentuk kerjasama yang dapat memberi manfaat dan faedah kepada kedua-dua pihak. MANGAN NIA MANGAN ASAL KURUNG-KURUNG... BA RAMAI2 KITA REUNION...ARAMAITII. Butiran Program adalah seperti berikut:

   

    Tarikh: 26 Februari 2023 (Ahad)

    Masa: 3:00 petang

    Tempat: Le Meridien Hotel Kota Kinabalu, Sabah

 

Dimohon semua alumni untuk mengesahkan kehadiran dengan mengisi google form berikut selewat-lewatnya pada 20 Feb. 2023 (Isnin): https://forms.gle/NXkapayhiGsijn5F7