Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan Rusia berbesar hati menawarkan sejumlah biasiswa kepada rakyat Malaysia bagi melanjutkan pengajian di Rusia. Tawaran biasiswa Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mendidik generasi yang cemerlang dan berkelayakan, serta mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan Rusia.

 

  1. Sebanyak 20 biasiswa telah diperuntukkan kepada calon-calon berkelayakan bagi tahun akademik 2023/2024 dan biasiswa yang ditawarkan adalah bagi semua peringkat pengajian, termasuk sarjana muda dan pasca siswazah.

 

  1. Untuk menghantar permohonan, calon-calon perlu mendaftar di laman web rasmi program biasiswa, https://education-in-russia.com/. Untuk Maklumat lanjut, sila rujuk dokumen seperti di lampiran.

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW)

 

Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

KEMPEN SUMBANGAN STAF DALAM TABUNG-TABUNG AMANAH UMS (ENDOWMEN DAN WAKAF) MELALUI POTONGAN GAJI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) mengadakan kempen sumbangan staf ke Tabung-Tabung Amanah UMS (Endowmen dan Wakaf) melalui potongan gaji dengan sumbangan minimum RM3.00 sebulan.  Sumbangan akan digunakan untuk membantu pelajar UMS yang kurang berkemampuan dan amat memerlukan bantuan kewangan. Selain itu, sumbangan juga akan digunakan selaras dengan TOR Tabung-Tabung Amanah UMS yang mana sekaligus membantu dalam pembangunan pendidikan Universiti.

Staf UMS yang berminat dimohon untuk melengkapkan maklumat seperti dalam borang bentuk google form yang berikut: https://forms.office.com/r/WABNvJ95Kd  

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 088-320 000 Ext: 202 302 atau Mas Nurhafini binti Sidik di talian 088-320 000 Ext: 202 300.

Keprihatinan dan kedermawan YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, mengenai perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA)

 

SUBJEK                                    : KATARAK & KEBUTAAN

PENCERAMAH                           : Dr. Sylves Patrick, Pakar Oftalmologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan


LINK WEBEX                             : https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m5470345fd40d2628c5e8294bc374091d

PEGAWAI DIHUBUNGI                : Cik Marilyn Jane Yong (012-2437701)  

                                                : Cik Rina Norgainathai (016-5181023)

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa kaji selidik darjah kegembiraan untuk Fasa 1 Tahun 2023 kini boleh diakses melalui pautan berikut;

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index

(Masukkan ID HrV4 dan klik "Kaji Selidik DK-UMS" pada menu sebelah kiri)

 

Semua warga UMS dijemput untuk mengisi kaji selidik ini. Kegembiraan anda keutamaan kami.

 

Terima kasih.

 

**********************************

 

ARE YOU HAPPY WORKING IN UMS?

"Your Happiness Is Our Priority"

Please answer the UMS Happiness Index survey through this link :

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index

(Enter your HrV4 ID click "Kaji Selidik DK-UMS" on your left side menu)

 

Thank you.