Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊
Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia, pihak Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) bersama-sama dengan Persatuan Diabetes Malaysia (Sabah) akan mengadakan Program Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat UMS yang akan ditetapkan pada butiran berikut:

Tarikh: 14 November 2024
Masa: 7.30 am - 12.30 pm
Tempat: Pusat Islam UMS

Jom sertai beramai-ramai program ini, Antara aktiviti yang akan diadakan:
📍Senamrobik
📍Saringan kesihatan
📍Menderma darah
📍Expo pameran kesihatan
📍Ceramah kesihatan
(mata IDP disediakan)
📍Cabutan tiket bertuah

Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Sokongan anda amat bermakna dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit diabetes
Jangan lepaskan peluang ini, masuk adalah percuma!!!

Terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah🤗
🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

PEMAKLUMAN PEMBAYARAN EMOLUMEN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (PGT) BULAN OKTOBER 2024
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pemakluman ini bolehlah menghubungi:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 

 

Sempena Ulangtahun ke-30 UMS, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (UMS) mengambil kesempatan meraikan sambutan 30 Tahun FSSK melalui penganjuran Program Hari Terbuka 30 Tahun FSSK yang berlangsung dari 23-25 Oktober 2024 bertempat di perkarangan bangunan FSSK, UMS. Program akan dilancarkan secara rasmi pada tarikh dan masa berikut:
 
Tarikh: 24 Oktober 2024 (Khamis)
Masa: 2.00pm
Tempat: Foyer, FSSK
 
Warga UMS dijemput beramai-ramai hadir memeriahkan program Hari Terbuka 30 Tahun FSSK.
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

 

Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera,
 
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan ingin menjemput seluruh warga UMS untuk menyertai Taklimat Pengenalan Gempa Bumi yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :- 
 
📚 Tajuk: TAKLIMAT PENGENALAN GEMPA BUMI
📆 Tarikh: 29 Oktober 2024 (Selasa)
🕑Masa: 10am-11am
💻Platform: Atas Talian (Webex) https://n9.cl/36o4s 
 
👨‍💼Penceramah Jemputan :
 PROF. MADYA Ir. Ts. DR NOOR SHEENA HERAYANI HARITH Ketua Kluster Bencana alam & tsunami, Pusat Kajian Bencana Alam Universiti Malaysia Sabah.
 
🔖 MATA IDP disediakan.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat

 

🔊🔉HEBAHAN KARNIVAL LATIHAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2024 TERBUKA KEPADA WARGA UMS DAN ORANG AWAM 🔊🔉
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Karnival Latihan terbuka kepada Warga UMS dan Orang Awam pada ketetapan seperti berikut;
Tarikh : 04 – 16 November 2024
Masa : 9.00 Pagi – 5.00 petang
Kaedah : Secara Fizikal/Secara Dalam Talian
Yuran/ pax : RM50.00 / pax (Orang Awam)
PERCUMA KEPADA KAKITANGAN DAN PELAJAR UMS.
Objektif Karnival Latihan ini diadakan adalah memberikan ruang untuk interaksi sosial dan jaringan antara peserta, pengajar, dan profesional dalam industri selain menawarkan program latihan dari pelbagai topik dan bidang kemahiran.
Selain itu, karnival ini bertujuan untuk menjana kreativiti peserta dengan memberikan ruang untuk mereka mengekspresikan diri dalam bentuk seni dan inovasi. Ia juga berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan latihan dan pengembangan diri dalam pelbagai bidang.
📞 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Cik Elly Emylia di alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.📞