Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Penerbit UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan dan Penilaian Perkhidmatan Kaunter (E-Rating Kaunter) bagi tujuan penambahbaikan kualiti perkhidmatan secara berterusan.
 
Seluruh warga Universiti adalah dijemput untuk memberi maklum balas melalui pautan berikut:
 
🔗 Kajian Kepuasan Pelanggan:
 
🔗 E-Rating Kaunter:
 
Borang kajian ini juga boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang disertakan dalam poster hebahan.
 
Maklum balas yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

🌙 PELAWAAN MENYERTAI KEMPEN INFAK SAHAM AKHIRAT PUSAT ISLAM UMS
 
Rebut peluang menabung saham akhirat melalui Infak Pusat Islam UMS yang boleh disertai secara potongan gaji melalui HR Online UMS. Infak anda bukan sekadar sumbangan, tetapi pelaburan akhirat yang berterusan pahalanya.
 
✨ Sumbangan anda akan dimanfaatkan untuk:
🔹 Pembelian atau pembinaan bangunan masjid
🔹 Pembelian barangan serta keperluan masjid
🔹 Pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan masjid
 
📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Saham Akhirat
 
🕌 Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
 
📞 Pertanyaan: Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320624
 
💛 Sedikit daripada kita, besar nilainya di sisi Allah.
Ayuh berinfak, jadikan ia saham akhirat yang berterusan.
 
#JomInfak
#InfakSahamAkhirat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 

 

[HEBAHAN] Pelantikan Klinik Panel Baharu UMS 🏥
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Warga UMS!
 
Ada berita baik untuk rakan-rakan yang tinggal atau sering berulang-alik ke kawasan Tuaran. UMS kini telah melantik Klinik Dr Hasnah sebagai Klinik Panel tambahan yang aktif bermula sekarang!
 
✨ Apa yang menarik?
- Merupakan Klinik Pesakit Luar (GP) yang Mesra Muslimah.
- Lokasi: Pekan Tuaran (Lot 9G, Blok H, Jalan Sungai Damit).
 
🔍 Cara Semak Senarai Klinik Aktif (HROnline):
- Log masuk ke HROnline (melalui Kinabalu Portal).
- Klik menu Klinik Panel (MyHealth).
- Rujuk dashboard Senarai Klinik Panel UMS dan taip lokasi (contoh Tuaran) di ruangan carian.
 
📢 PESANAN PENTING: Sila pastikan anda membawa Kad Pengenalan dan Kad Staf (Fizikal atau Digital) setiap kali ingin mendapatkan rawatan bagi melancarkan urusan pendaftaran di klinik.
 
Sila rujuk poster yang dilampirkan untuk butiran penuh atau hubungi Sektor Perkhidmatan BPSM di talian 088-329 068 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
 
Sekian, terima kasih.
 
#UMSTHeBRAINofBORNEO 
#CekapCepatTepat