Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

PEMBAHARUAN PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN SECARA DALAM TALIAN📚

📌 Semak MyUMS Library Account anda, Sila layari laman web perpustakaan https://www.ums.edu.my/library

📌 Buat Pembaharuan Pinjaman Bahan SEBELUM tamat tempoh pinjaman bahan untuk mengelakkan DENDA

📌 Sekiranya menghadapi masalah membuat pembaharuan bahan secara dalam talian boleh berurusan di Kaunter Sirkulasi

Terima kasih 😉

#PembaharuanBahan
#PerkhidmatanPerpustakaan
#PerkongsianMaklumat
#PerpustakaanUMS
#UMStheBrainofBorneo

 

Pengumuman Daripada: Pengurus Pasukan Badminton UMS 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menyertai Kejohanan Piala Setiausaha Persekutuan Sabah 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 20 Julai 2025.
 
Sehubungan itu, sesi pemilihan pemain badminton UMS akan diadakan seperti butiran berikut:
 
📅 Tarikh: 30 Jun 2025
🕔 Masa: 6:00 petang
📍 Tempat: Dewan Serbaguna, Mini Putrajaya
 
Semua warga UMS yang berminat, berjawatan tetap dan berbakat dalam sukan badminton adalah dijemput hadir bagi menyertai sesi pemilihan ini dengan mendaftar melalui pautan QR dalam poster. 
 
Kehadiran tepat pada masa amat dihargai.
 
Ayuh sertai dan wakili UMS dalam kejohanan berprestij ini!

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

YBrs. Prof. Dr./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
UNTUK MAKLUMAN SEMUA JAFPIB
 
Pusat Jaminan Kualiti (CQA) akan mengadakan taklimat kepada seluruh JAFPIB seperti berikut :-
 
"LENSA AUDITOR: SEMAK, NILAI, KAWAL"
Tarikh: 20 JUN 2025 (JUMAAT)
Masa: 9.00-11.00pagi
Platform: Atas Talian (Webex)
 
SEMUA KAKITANGAN DIJEMPUT UNTUK MENDENGAR TAKLIMAT BERKENAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI DI UMS.