Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
- Maklumat Jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Malaya
- Senarai Tugas dan Tanggungjawab Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya
Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Pengumuman Daripada: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
Kelab Pengurusan Kewangan dan Perbankan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan program Minggu Pelaburan 2023 di Dewan Auditorium Pascasiswazah UMS, pada 17 Mei 2023 hingga 19 Mei 2023.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai perancangan kewangan yang bijak, disamping mempraktikkan ilmu pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan mengenai teknik membuat pelaburan dengan efektif dan selamat.
Antara aktiviti menarik yang bakal dianjurkan adalah sesi Wacana Ilmu daripada beberapa pemain industri jemputan, antaranya Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), RHB Bank Berhad, Syarikat Mega Jupsel Sdn. Bhd. serta Yayasan Peneraju.
Selain itu, beberapa tapak pameran daripada beberapa syarikat kewangan akan turut dibuka, serta pertandingan Simulasi Saham yang menawarkan pengalaman sebenar kepada peserta untuk melabur di pasaran saham.
Warga UMS serta orang awam dijemput hadir bagi menyertai serta memeriahkan pelbagai acara menarik yang telah dirancang.
Untuk maklumat lanjut mengenai program Minggu Pelaburan 2023, hubungi Ashira Salim di talian 011-51189625.
Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768