PENGUMUMAN DARIPADA           :           PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
                                               
PENGUMUMAN KEPADA                :           SEMUA KAKITANGAN AKADEMIK UMS
           
SUBJEK                                            :           BAYARAN INSENTIF ANUGERAH PENYELIDIK UMS (APUMS) BAGI TAHUN 2016
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Untuk makluman, bayaran insentif Anugerah Penyelidik UMS (APUMS) bagi tahun 2016 telah dibuat terus ke akaun gaji YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan. Bayaran insentif yang terlibat adalah bagi penghargaan penerbitan buku dan makalah jurnal seperti berikut:
 
  • Penghargaan Penerbitan Buku
  • Penghargaan Penerbitan Makalah Jurnal Berindeks dan Berfaktor Impak
  • Penghargaan Penerbitan Jurnal Berindeks (Tanpa Faktor Impak)
  • Penghargaan Bab Dalam Buku
 
3.       Senarai penerima anugerah tersebut boleh dirujuk melalui laman web Pusat Penyelidikan dan Inovasi di url berikut: http://www.ums.edu.my/ppi
 
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan Puan Jumawati Catacutan di talian 613811.
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA:    KELAB SURIRUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KESUMBA) & PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PIUMS)
PEGAWAI DIHUBUNGI:            PUAN NORAZAH HAMZAH (019-8701712), USTAZAH NOORISAH TALJID (013-8306744)
SUBJEK:                                   KELAS TAJWID PERTENGAHAN

Pengumuman daripada: Bahagian Keselamatan, UMS
Subjek: Menjalankan Tugas-Tugas Ketua Bahagian Keselamatan
 
Senarai Edaran Seperti Dilampiran
 
Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Lt Kol. Abdul Talib Arifin (B) akan bercuti rehat pada 26 hingga 29 Disember 2017. Sehubungan itu, sepanjang ketiadaan beliau di pejabat, tugas-tugas ketua bahagian keselamatan akan dijalankan oleh penama seperti berikut:
 
Tarikh
Pegawai yang menjalankan tugas pemangkuan
26-29 Disember 2017
Insp/Pb Massalinri Bin Mohd Tahir
Pegawai Keselamatan
 
Adalah diharapkan Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama kepada pegawai berkenaan sepanjang tempoh tersebut di atas.
 
Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.