Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN PERARAKAN KONTINJEN TERBAIK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1446H/2024M
 
🗓 18 Oktober 2024, Jumaat
🕙 Bermula Jam 7.00 PAGI
⏩ Dataran Dewan Canselor UMS Ke Pusat Islam UMS
 
 
Syarat-Syarat Pertandingan dan Borang Penyertaan
https://forms.gle/d8PaFvx4AycWoeFGA
 
Tarikh Tutup Penyertaan;
11 Oktober 2024 (Jumaat)
 
Sebarang Pertanyaan Hubungi Urusetia Pertandingan:
014-8660654 – En. Md Nazrie Petir
011-37341337 – En. Yusri Sumin
 
#UMSKampusRahmah
#UMSShare
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

SESI LIBAT URUS PEKELILING PERKHIDMATAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA) BERSAMA WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dengan segala hormatnya dijemput menghadiri Sesi Libat Urus SSPA anjuran pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui penstriman langsung Facebook Live [ http://www.facebook.com/bpsmkpt/ ] pada 26 September 2024, 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Perhatian pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Hospital Universiti Malaysia Sabah
 
 
 
Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Rehabilitasi (PainBot) daripada JETAMA Sdn. Bhd. kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diadakan pada:
 
📅 25 September 2024
🕘 10:00 pagi
📍 Dewan Bankuasi, Dewan Canselor UMS
 
Mesin PainBot ini merupakan sumbangan berharga dalam usaha meningkatkan kemudahan rehabilitasi di UMS, khususnya dalam membantu rawatan kesakitan pesakit di Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital UMS. Kami berharap ia dapat membuka lembaran baharu dalam teknologi perubatan serta memperkukuhkan peranan UMS sebagai pusat kecemerlangan perubatan dan rehabilitasi di Sabah.
 
Sekian, terima kasih.