Pengumuman Daripada: Unit Pemulihan Cara Kerja, Hospital UMS

 

Asas Pre-Writing & Handwriting untuk Kanak-Kanak
 
    Adakah anak anda mengalami kesukaran menulis? Atau anda seorang pendidik/terapis yang ingin memahami lebih mendalam tentang asas kemahiran menulis?
    📌Sertai kami dalam Webinar 4.0 anjuran Unit Pemulihan Cara Kerja, HUMS bersama penceramah jemputan:
    👩🏻‍⚕️Dr. Mahfuzah Zainol
    Ahli Terapi Cara Kerja, Bahagian Pendidikan Khas, KPM
 
    📅Tarikh : 28 Ogos 2025 (Khamis)
    🕘Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
    💻Platform : Atas talian
    💳Yuran: RM30 sahaja
    📜E-Sijil Disediakan
    ✅Mata IDP (Staf UMS)
 
    🔗Daftar Sekarang!
    👉Imbas kod QR di poster atau tekan link pendaftaran di sini : https://forms.gle/HwKTagBbK7xboN3u9
 
    Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
    📱Cik Tessa: 011-1674 9609
    📱Pn. Sofea: 016-818 4124
 
    Moderator:
    👩🏻‍⚕️Cik Monica Rison, Jurupulih Perubatan Cara Kerja, HUMS
 
    Jom bersama kami membantu kanak-kanak menulis dengan lebih baik!

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

 

Tatacara Permohonan Projek Penyelidikan Asia-Pacific Telecommunity Tahun 2025: Extra Budgetary Contribution From Japan (EBC-J 2025)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENYERTAI PROJEK PENYELIDIKAN ASIA-PACIFIC TELECOMMUNITY TAHUN 2025: EXTRA BUDGETARY CONTRIBUTION FROM JAPAN (EBC-J 2025)
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Asia Pacific Telecommunity (APT) melalui surat rujukan: APT/PD-1.5.1/ICT-Dev't/Inv bertarikh 23 April 2025 (Lampiran A) telah mempelawa negara-negara anggotanya termasuklah Malaysia untuk mengemukakan cadangan penyelidikan atau projek melalui pembiayaan oleh negara Jepun iaitu EBC-J 2025.
 
3.    Objektif projek ini adalah untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan dan teknikal dalam kalangan pakar ICT di negara-negara APT melalui kolaborasi penyelidikan dalam bidang ICT yang berkaitan dengan isu-isu sosioekonomi seperti kemiskinan, jurang digital, kesihatan, pendidikan, tenaga hijau, pembangunan infrastruktur, perbandaran serta komuniti yang mapan. Selain itu, pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan inisiatif Kerajaan membina infrastruktur digital yang menyokong tranformasi digital dalam negara.
 
4.    EBC-J 2025 menawarkan 2 jenis geran penyelidikan seperti berikut:
        (i)     International Collaborative Research (Category I)  dengan pembiayaan maksimum sebanyak USD60,000; dan        
        (ii)    ICT Pilot Projects for Rural Areas (Category II) dengan pembiayaan maksimum sebanyak USD200,000.
 
5.           Selain itu, syarat-syarat utama bagi kedua-dua geran penyelidikan adalah seperti berikut:
        (i)      Tempoh projek selama 11 bulan ataupun secara kombinasi (Category I & Category II) selama 2 tahun;
        (ii)     Bajet bagi projek yang dicadangkan boleh menjadi sebahagian daripada projek yang mendapat pembiayaan lain oleh pihak pemohon;
        (iii)    Kolaborasi dengan tenaga kepakaran daripada negara Jepun amatlah digalakkan; dan
        (iv)    Untuk maklumat lanjut dan dokumen tawaran, boleh layari pautan https://myaptg.komunikasi.gov.my/
                
6.    Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaku badan penghubung APT mempelawa pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program ini dengan mencadangkan projek yang berpotensi untuk diketengahkan dan menepati kriteria yang telah ditetapkan. Tatacara permohonan projek adalah seperti di Lampiran B. Permohonan adalah melalui system MyAPTG yang telah dibangunkan oleh pihak Kementerian Komunikasi bagi memudahkan pengemaskinian status permohonan kepada penyelidik.
 
7.    Bagi memastikan keteraturan dan keseragaman, hanya permohonan yang lengkap dan disertakan dengan surat iringan Ketua Jabatan/Pusat Pengurusan Kajian (RMC) sahaja yang akan dipertimbangkan. Sila muat turun surat ini beserta dengan boring permohonan melalui system MyAPTG. Tarikh tutup permohonan untuk dihantar ke Kementerian Komunikasi ialah sebelum atau pada 19 Ogos 2025 (Selasa) bagi permohonan geran ini. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak YBrs. Prof./Dr. boleh menghubungi secretariat EBC-J 2025 menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .
 
Kerjasama dan perhatian YBrs. Prof./Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof./Dr.,
 
Dengan segala hormatnya announcement bertarikh 11 Julai 2025 adalah dirujuk.
 
2.    Bersama-sama ini dimajukan adalah Takwim SATREPS FY2026 sebagai makluman dan rujukan bagi tindakan selanjutnya oleh YBrs. Prof./Dr.  Sebagai makluman, tempoh penghantaran permohonan kertas cadangan adalah bermula dari 10 Julai sehingga 11 Ogos 2025 untuk penilaian dalaman di peringkat Universiti. Penambahbaikan kertas cadangan hendaklah dihantar ke RMC sebelum atau pada 25 Ogos 2025.
 
3.    Maklumat lanjut boleh diakses melalui pautan https://shorturl.at/ynBwA 
 
Sekian, terima kasih.