Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, UMS | Jabatan Pendaftar, UMS

 

Aturcara Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti 2021 (.pdf)

 

 

YBrs. Prof./Dr/ Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa semua staf UMS adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) Tahun 2021 secara dalam talian melalui platform berikut:

 

Tarikh: 8 Disember 2021 (Rabu)

Masa: 10.45 pagi

Dalam Talian: Secara FB Live UMS (https://www.facebook.com/UMS.official)

Pautan Webex: https://tinyurl.com/nhcpr7c5

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf, UMS

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan CIEW, maklumbalas YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah diperlukan.

 

Sehubungan itu, bagi menjayakan tujuan tersebut, pihak kami mengalu-alukan YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan agar dapat meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan borang Kajian Kepuasan Pelanggan UMS terhadap perkhidmatan CIEW.

 

Pautan ke borang adalah seperti berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=CIEW

 

atau YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh mengimbas kod QR yang tertera.

 

Kesudian YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Audit Dalam, UMS

 

Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Audit Dalam (.pdf)

 

 

Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Audit Dalam

 

Mohon kerjasama  YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan  dapat meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Audit Dalam.

 

Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan.

 

Sila imbas kod QR di atas atau melaui Pautan:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=AUDIT

 

Terima kasih atas maklum balas anda.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti, UMS

 

 

 

Seminar Kualiti Dan Inovasi: Nilai Membentuk Organisasi Berprestasi Tinggi

 

📆 Tarikh : 9 Disember 2021 (Khamis)

🕝 Masa  : 9.00 pagi - 4.35 petang

🛰 Pautan : https://bit.ly/3CinDtN

 

✅ Terbuka kepada semua

 

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi emel berikut:-

📧 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Bah, jom kita! 🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♀️

 

Pengumuman Daripada: Biro Pendidikan & Pelajaran Kesumba, UMS

 

 

 

 

Saringan Serviks Percuma: Program Bersama Rose

 

Tarikh: 13 - 15 Disember 2021

Tempat: Bilik Koleksi Kanak-Kanak, Aras Bawah, Perpustakaan UMS

Masa: 9.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari

Pegawai Dihubungi:

  1. Cik Rina Norgainathai (016-5181023)
  2. Puan Siti Zahara Binti Abd. Rahim (014-3595485)

 

Syarat & Kelayakan :

 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia antara 30 - 65 tahun
  3. Tidak mengandung
  4. Tiada aliran haid yang berat
  5. Tidak pernah menjalani histerektomi (pembedahan buang rahim)
  6. Tidak pernah menjalani ujian HPV sepanjang 5 tahun yang lepas
  7. Pendapatan seisi rumah RM5000 ke bawah (B40)

 

Untuk pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSenOU5sOzAXpnVg-XJOL8c9dSd0Cr6yMmolaiExIc5OgHsR8g/viewform