Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Sejahtera  
 
YBhg Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN MAJLIS ANUGERAH PENYELIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (APUMS) TAHUN 2024
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
02. Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan akan mengadakan majlis seperti yang dinyatakan di atas pada ketetapan berikut:
 
Tarikh              : 03 Disember 2024 (Selasa)
Masa              :  7.00 malam
Tempat          : Sipadan Hall 1, Sabah International Convention Centre
 
03.  Untuk makluman, majlis ini akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Canselor, Universiti Malaysia Sabah.
 
Maklumat lanjut boleh didapati daripada webpage khas APUMS tahun 2024 melalui link seperti berikut:
 
 
Sekian dan terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Digital, UMS
  
 
Dimaklumkan bahawa Sistem Perkhidmatan Bahagian Keselamatan (Pelekat Kenderaan Pelajar) https://bkums.ums.edu.my telah mengalami gangguan capaian pelayan pada tarikh dan masa berikut:
  
Tarikh: 27 November 2024 (Rabu)
 
Masa: 8.00 pagi hingga penyelenggaraan selesai
 
Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sistem akan mengalami gangguan sementara.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT, 
Salam UMS Bertekad Cemerlang dan Salam Malaysia Madani.
  
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
  
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PIUMS)
  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
  
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan PIUMS dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah: 
  
Pautan Kajian Pelanggan PIUMS : 
  
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
  
Sekian.