PENGUMUMAN DARIPADA
JABATAN BENDAHARI
SUBJEK
MINGGU BERTEMU PELANGGAN JABATAN BENDAHARI 2016
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Minggu Bertemu Pelanggan Bagi Tahun 2016 pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 9 Hingga 13 Mei 2016 (Isnin - Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Perkarangan Perpustakaan, UMS


Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah:-

1. Semakan hutang pelajar/ pendahuluan dan bayaran
2. Bimbingan proses kewangan universiti
3. Khidmat nasihat pengurusan kewangan
4. Edaran baucer buku BB1M
5. Permainan Interaktif

Semua adalah dialu-alukan untuk hadir pada masa tersebut. Terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT MINDA LESTARI UMS
SUBJEK
: MAKLUMAN PERPINDAHAN SEMENTARA PEJABAT AM PENTADBIRAN, PUSAT MINDA LESTARI (PML) UMS
PEGAWAI DIHUBUNGI: ZURINA ERNY TAUFIK (PENOLONG PEGAWAI TADBIR)
 
MAKLUMAN PERPINDAHAN SEMENTARA PEJABAT AM PENTADBIRAN, PUSAT MINDA LESTARI (PML) UMS
 
Assalamualaikum dam Salam Sejahtera tuan/puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Am Pentadbiran, Pusat Minda Lestari (PML) UMS termasuk Kaunter Pembayaran PML telah berpindah sementara ke Teratak KESUMBA mulai 3 Mei 2016.
 
Pihak Pentadbiran PML boleh dihubungi di talian berikut:
1. Pn. Aidah Noordin (Pengarah PML) – samb. 5104
2. Pn. Zurina Erny Taufik (Penolong Pegawai Tadbir) – samb. 5101
3. Pn. Elizabeth Martin (Pembantu Tadbir P/O) – samb. 5103
4. En. Lassim Janie (Pembantu Tadbir P/O) – samb. 5103
5. No. Faksimili – 088 320441
 
Masa Operasi Kaunter Pembayaran di PML
Isnin hingga Khamis:
8.00 am – 12.00 pm
2.00 pm – 3.00 pm
 
Jumaat:
8.00 am – 11.00 pagi
 
Terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA
: SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
KEPADA
: KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB 
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Universiti tersebut dengan mengemukakan surat permohonan, Curriculum Vitae (CV) dan “Key Performance Indicator” (KPI) beserta dokumen kelayakan akademik atau sebarang dokumen sokongan lain yang berkaitan (sekiranya ada).
 
3. Bersama ini dilampirkan iklan Jawatan (Lampiran A) untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Mei 2016 (Isnin).
 
Sekian.