Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

 

Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Wacana Sastera Pelbagai Kaum PPIB UMS - DBP 2025 seperti ketetapan berikut:
 
📅 Tarikh: 2 Julai 2025 (Rabu)
🕘 Masa: 9:00 pagi – 12:30 tengah hari
📍 Tempat: Auditorium Jabatan Digital, UMS
🎓 Mata IDP & E-Sijil disediakan!
 
🔖 Dirasmikan oleh:
Naib Canselor UMS – Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor
 
👥 Turut hadir:
🔹 Dekan PPIB – Prof. Datuk Dr. Ismail Ali
🔹 Pengarah DBP Sabah – Puan Jennitah Noordin
 
🎤 Ucaptama:  
Datuk Jasni Matlani
Sasterawan Negeri Sabah, Penerima SEA Write Award
 
📚 Pengisian:
🔸 Sastera Cina – Pn. Lau Yoke Lian (Pensyarah PPIB, UMS)
🔸 Sastera Tamil – Dr. Bavani Arumugam @ Seiyalu (Pensyarah Kanan PPIB, UMS)
🔸 Sastera Etnik Sabah (Duharung Paragasu) – Bapak Nuri Hermawan (Dosen FIB UNAIR, Surabaya)
🔸 Sastera Sabah dalam Konteks Kebangsaan – Tn. Hj. Sukor Usin @ Hasyuda Abadi
 
📝 Kesempatan berkarya untuk penerbitan DBP
 
📄 Lihat brosur penuh di sini:
 
📣 Warga UMS dan umum dijemput hadir!
 
📌 Jangan lepaskan peluang ini! 🎭📖

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa  Jabatan Bendahari, UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan Jabatan.
 
Mohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik agar dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan https://shorturl.at/D9CMR atau imbas kod QR yang tertera.
 
Maklumbalas daripada semua amat kami hargai.
 
Terima kasih kerana berurusan dengan Jabatan Bendahari. 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

🔈🔈🔈JOM BAYAR ZAKAT DI KAUNTER PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Assalamualaikum W.B.T
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) ingin mempelawa kepada semua Warga UMS untuk membuat bayaran Zakat Harta melalui Kaunter Zakat Pusat Islam UMS bagi pihak Bahagian Zakat Fitrah Negeri Sabah (BZF). 
 
💡Jenis-Jenis Zakat Harta iaitu:
1. Zakat Penggajian
2. Zakat Pendapatan
3. Zakat Perniagaan
4. Zakat Simpanan
5. Zakat Saham
6. Zakat Emas & Perak
7. Zakat Pertanian
8. Zakat Ternakan
 
KUNJUNGI PERKHIDMATAN KAUNTER KAMI
📍 Kaunter Zakat Pusat Islam UMS | Tingkat 1, Pejabat Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah
🕘 Isnin – Jumaat | 9:00 pagi – 3:00 petang
 
PERUNDING ZAKAT PUSAT ISLAM UMS
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian Sila hubungi:-
📞Pn. Noorisah 013 285 5378
📞Pn. Kartini 019 804 2698
📞Cik. Noorfazlina 013 808 5856
 
#UMSshare 
#JomTunaikanZakat
#ZakatMembawaBerkat
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Salam FSMP: Leading the Frontier of Food and Future

Sukacita dimaklumkan bahawa Food Festival 2025 (FoodFest’25) anjuran Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah bagi sesi 2024/2025 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh:
24 dan 25 Jun 2025 (Selasa dan Rabu)

🕘 Masa:
•⁠ ⁠24 Jun 2025 (Selasa): 8.00 pagi – 9.30 malam
•⁠ ⁠25 Jun 2025 (Rabu): 8.00 pagi – 5.00 petang

📍 Tempat:
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS

Program ini diadakan bagi meraikan kepelbagaian budaya makanan serta memupuk minat terhadap inovasi dan kreativiti dalam bidang makanan dan pemakanan. Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung, antaranya:

✅ Pameran Food Product Development & Innovation
✅ Lebih 45 penggerai & food truck
✅ Tamu Dessert dan Agensi Luar
✅ Pelbagai Sampel Makanan Percuma
✅  Foodventure Hunt
✅ Pertandingan Poster Digital & Video TikTok
✅ Permainan Mini dan Cooking Show
✅ Battle of Buskers

Semua warga kampus dan orang awam dijemput hadir memeriahkan program ini. Ayuh bersama-sama menikmati kemeriahan festival sambil menyelami dunia sains makanan yang penuh warna!

 

Taste the Future of Flavour 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

 
TAKLIMAT JURUAUDIT DALAM BAGI SISTEM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHMS) ISO 45001:2018 TAHUN 2025
 
Tarikh : 26 Jun 2025 (Khamis) 
Masa : 9:30 pagi
Kaedah : Dalam Talian Cisco Webex