Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

TAKLIMAT KADAR KHAS YURAN PENGAJIAN BAGI PEGAWAI UMS DAN ANAK KEPADA PEGAWAI UMS YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Kadar Khas Yuran Pengajian Bagi Pegawai UMS Dan Anak Kepada Pegawai UMS Yang Melanjutkan Pengajian Di Universiti Malaysia Sabah akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
Masa     : 05 Februari 2026 (Khamis)
Masa     : 10.00 pagi
 
Bersama ini dilampirkan poster berkaitan taklimat untuk tujuan hebahan kepada semua pegawai Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

MAKLUMAN PEMBUKAAN OPERASI PEROLEHAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2026
 
Bersama ini dimajukan poster makluman pembukaan operasi perolehan UMS bagi tahun 2026
 
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Bendahari di talian 088-320000 (samb: 200516)/ email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Terima kasih
 
Bahagian Pengurusan Perolehan, 
Jabatan Bendahari