Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

 
Selamat sejahtera
 
YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan
 
PERMOHONAN PENYERTAAN KE ANNUAL RAILWAY SUMMIT, CONFERENCE AND INNOVATION COMPETITION (ARSCIC) 2025
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.   Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) akan menyertai Annual Railway Summit, Conference and Innovation Competition (ARSCIC) 2025 yang akan berlansung seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh      :    18 – 20 November 2025
Tempat     :    Metro System Academy Uthm Training Centre Kwasa Damansara, Selangor.
 
Sebarang maklumat berkenaan dengan ARSCIC 2025, boleh dicapai pada pautan berikut https://arscic.uthm.edu.my/wp-content/uploads/2025/05/ARSCIC-2025-Brochure.pdf.  
 
03.   Sehubungan dengan itu, pihak YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk membuat permohonan untuk menyertai ARSCIC 2025 tersebut melalui pautan berikut https://forms.office.com/r/8TqdQTWeZQ pada atau sebelum 30 Jun 2025 (Isnin) jam 5.00 petang. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan En. Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid 013-581 0910 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau dengan En. Mixsius Sumpongul di talian 011-51454370 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapa jutaan terima kasih.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus 

 

Pertandingan Lukisan Batik Bertemakan Alam anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran KESUMBA FPL dengan kerjasama Pusat Pengurusan EcoCampus UMS.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Pn. Irniwati binti Rahammah di talian 011-19790868.

 

Pengumuman Daripada: Persatuan Pegawai Pengurusan Profesional

 

HEBAHAN PPUMS

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

PPUMS menjemput semua warga UMS ke program:

 

🎙 BICARA PPUMS

Tajuk: Profesionalisme Pentadbir dalam Pengurusan Krisis di UMS

🗓 Tarikh: 11 Jun 2025 (Rabu)

🕘 Masa: 2.30 Petang

📍 Tempat: Secara atas talian ( https://tinyurl.com/nzrtzkw )

 

🎤 Panel Jemputan:

Panel 1: Encik Darwis Manainus Awang Kangit,  Pengarah Bahagian Integriti UMS

Panel 2: Supt/PB Mohd. Khairul Hazizie Harun, Pengarah BKUMS

Panel 3: Ir. Ts Mohd Ari Nazrul Bin Abdul Rahman, Pengarah JPP

 

Moderator: Encik Al-Hami Zurairi Yahya Mahmood, Timbalan Presiden PPUMS

 

Objektif program ini adalah seperti berikut:

i.            Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya profesionalisme dalam pengurusan krisis.

ii.           Memperluas pengetahuan tentang teori dan amalan pengurusan krisis yang profesional.

iii.          Membekalkan pengetahuan dan kemahiran pentadbir dalam menangani situasi krisis secara berkesan.

iv.          Menggalakkan amalan terbaik dan strategi berkesan dalam pengurusan krisis.

v.           Memupuk budaya kebertanggungjawaban dan integriti dalam pengurusan krisis.

vi.          Membina jaringan kerjasama antara pentadbir dan profesional dari pelbagai bidang.

 

 

📌 Semua dijemput hadir!

Bersama kita perkasa tadbir urus dan kesiapsiagaan UMS 💪

 

Ikhlas daripada:

JK Eksekutif PPUMS Sesi 2025/2027

 

#PPUMSTheBrainofUMS

#BicaraPPUMS

#UMS

#PengurusanKrisis

#ProfesionalismePentadbir