Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’ Seri/ Dato’/ Datuk/ Datin/ Prof. Dr./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN MAKLUMAT BERHUBUNG PENAWARAN PENAJAAN BIASISWA ANTARABANGSA

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat penawaran penajaan biasiswa antarabangsa kini boleh diakses di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi di pautan berikut : https://www.mohe.gov.my/perkhidmatan/biasiswa-antarabangsa.

 

3.   Warganegara Malaysia yang berhasrat untuk mendapatkan penajaan antarabangsa bagi melanjutkan pengajian sama ada dalam atau di luar negara dipelawa untuk melayari pautan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.

 

4.    Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’ Seri/ Dato’/ Datuk/ Datin/ Prof. Dr./Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Kursi Rumpun Bajau Samah, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
PERTANDINGAN RATU SERIMPAK PERINGKAT UMS 2025
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Seni dan Teknologi Kreatif  (ASTiF) akan mengadakan Pertandingan Ratu Serimpak Pada Ketetapan berikut:
 
🗓 Tarikh: 23 Julai 2025
⏰Masa: 2:00 petang
📍Tempat: Theatrette Ahmad Nisfu, ASTiF, UMS
📩Terbuka kepada SELURUH WARGA UMS
📌 Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui QR Code yang tertera pada poster.
 
Ingin mewakili UMS sebagai Ratu Serimpak pada peringkat Negeri?
JOM! Rebut peluang ini.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Salam sejahtera
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan
 
PEMBUKAAN PERMOHONAN PENUBUHAN SYARIKAT PEMULA (START-UP) DAN SYARIKAT TERBITAN (SPIN-OFF) (SUSO) FASA 2 TAHUN 2025
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Penubuhan Syarikat Pemula (Start-Up) dan Syarikat Terbitan (Spin-Off) (SUSO) bagi Fasa 2 Tahun 2025 kini dibuka kepada semua warga UMS. Permohonan kini dibuka seperti ketetapan berikut:
 
🗓️ Tarikh Buka Permohonan   : 25 Jun 2025 (Rabu)
🗓️ Tarikh Tutup Permohonan  : 23 Julai 2025 (Rabu)
 
6 Hari lagi
 
Permohonan ini adalah terbuka kepada semua warga UMS yang berkelayakkan. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk, Dato’, Datin,  Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan, boleh mengakses atau muat turun BORANG PERMOHONAN pada pautan berikut: https://bit.ly/3Way13z atau dengan mengimbas QR pada poster hebahan. 
 
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
En. Mohd Aiddy Suffian Abd Rashid (Ketua Pentadbiran) | 📱013-581 0910 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
En. Mixsius Sumpongul | 📱011-5145 4370 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
#UMSTHEBRAINOFBORNEO
#PPIPUMS
#InI.UMS