Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar
 
 
 
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,
 

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan PNRF melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amat kami hargai. 

 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan pada masa hadapan. 
 
Sila imbas kod QR di atas atau melaui Pautan: https://shorturl.at/lmzBC
 
 

 
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
 
 
 
Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Sejahtera  
 
YBhg Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN MAJLIS ANUGERAH PENYELIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (APUMS) TAHUN 2025
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.    Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan akan mengadakan majlis seperti yang dinyatakan di atas pada ketetapan berikut:
 
Tarikh        : 14 November 2025 (Jumaat)
Masa         :  7.00 malam
Tempat       : Grand Ballroom Level 3, Le' Meridien Hotel Kota Kinabalu
 
3.    Untuk makluman, majlis ini akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Canselor, Universiti Malaysia Sabah.
 

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Planetarium Negara dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Program Astronomi Inklusif @Sabah pada 6 November 2025 (Khamis) bertempat di U-Science, UMS.

Program ini dilaksanakan bersempena dengan penyerahan Modul Astronomi Bagi Murid Bekeperluan Khas (MBKP) Ketidakupayaan Penglihatan terbitan MOSTI kepada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Tuaran, Sabah.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

✨✨SUCIKAN HARTA DENGAN TUNAIKAN ZAKAT HARTA ANDA✨✨
 
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surat At-Taubah Ayat 103)
 
✅Jom tunaikan tanggungjawab kita
✅Daftar atau kemaskini zakat penggajian anda di:-
🔗https://registrar.ums.edu.my/
📍Kaunter Zakat Pusat Islam UMS
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Zakat PIUMS:
📞Puan Noorisah (0132855378)
📞Puan Kartini (0198042698)
📞Cik Noorfazlina (0138085856)
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare