Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS
 
 
 
 
Warga Kampus yang dihormati sekalian, JTMK perlu melakukan penutupan semua sistem dalaman UMS bagi memberi ruang kepada Syarikat Lektronik (Kontraktor Lantikan JPP) dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bekalan elektrik, berikut adalah butiran kerja:
 
 
Tarikh: 20 Februari 2022 (Ahad)
Anggaran Tempoh: 3 jam (4:00 petang - 7:00 malam)
Lokasi : Bangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK)
 
 
Sepanjang waktu ini, sistem-sistem utama Universiti tidak akan dapat di akses untuk penggunaan.
 
 
JTMK amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, UMS

 

 

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa kaji selidik darjah kegembiraan untuk Fasa 1 Tahun 2022 kini boleh diakses melalui pautan berikut;

 

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index

(Masukkan ID HrV4 dan klik "Kaji Selidik DK-UMS" pada menu sebelah kiri)

 

Semua warga UMS dijemput untuk mengisi kaji selidik ini. Kegembiraan anda keutamaan kami.

 

Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 

Vaksin Covid19 (Pfizer) akan diberikan kepada semua kanak-kanak 5 tahun - bawah 12 tahun (mengikut tarikh lahir)

Vaksin ini terbuka kepada semua anak-anak staf UMS, keluarga terdekat dan orang awam.

 

Sila lengkapkan borang ini untuk tujuan temujanji vaksin covid19 kanak-kanak.

 

https://forms.gle/YPF52RCNemUaX3i67

 

untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi/whatsapp:

 

PPV UMS (088 329 201)