Pengumuman Daripada: Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Permohonan Solat Jumaat Di Masjid UMS Pada 5 Jun 2020

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarkatuh. 

Memandangkan Pajabat Mufti Negeri Sabah dan JHEAINS telah memberi kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat tidak lebih dari 40 ahli jemaah termasuk AJK Masjid, imam, bilal, khatib dan JEMAAH YANG DIPILIH oleh PENGURUSAN MASJID (PIUMS), bersama ini disertakan link yang wajib diisi oleh ahli jamaah masjid bagi memudahkan PIUMS menyenaraikan jamaah yang terpilih untuk menyertai Solat Jumaat pada 5 Jun 2020. PIUMS akan menghubungi jamaah terpilih melalui telefon atau email pada 4 Jun 2020. 

Jemaah terpilih perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah, antara paling utama ialah;

1. Membawa sendiri sejadah solat
2. Memakai PELITUP MUKA sepanjang berada dalam masjid.
3. Tidak bersalaman

(Harap baca SOP yang dilampirkan) 

Link pendaftaran: https://forms.gle/GZgG4n6iw4xfmjnG6

Kenyataan Kebenaran Mufti Kerajaan Negeri Sabah (.pdf)

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Subjek: Makluman Pelaksanaan Solat Jumaat Pada 29/5/2020 Di Masjid UMS Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Mohon makluman kepada semua warga UMS tentang Pelaksanaan Solat Jumaat pada 29/5/2020 akan diadakan di Masjid UMS. Namun pelaksanaan tersebut dibuat mengikut garis panduan yang telah dinyatakan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah pada 18 Mei 2020 yang menyatakan kebenaran pelaksanaan solat Jumaat hendaklah dilaksanakan dengan jemaah tidak kurang 3 orang dan tidak melebihi 12 orang. Sehubungan itu, pihak Pusat Islam, UMS telah menetapkan penama yang yang boleh hadir untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari tersebut.