Pengumuman Daripada: Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari

 

 

 

Tahukah Anda Ketidakpatuhan Kewangan Boleh Menyebabkan Tindakan Tatatertib/Surcaj Kepada Pegawai Universiti yang terlibat dengan ketidakpatuhan berkenaan dan didapati "bersalah"?🔺 
 
Sehubungan dengan itu, Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari UMS berbesar hati menjemput seluruh warga UMS untuk menghadiri Ceramah Integriti Kewangan: Penipuan Di Kalangan Pegawai Universiti (Etika & Kepatuhan Tadbir Urus Kewangan) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut;
 
📆 Tarikh   : 1 Julai 2025 (Selasa) 
🕝 Masa    : 9.00 pagi
🛰 Tempat   : Secara Atas Talian (Webex)
 
✅ Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah (UMS)
✅ Markah IDP akan diberikan
 
Sesi Ceramah boleh diakses melalui pautan seperti berikut:
 
🛰 Pautan Sesi Ceramah :
 
❓Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Urus setia seperti berikut:-
📱www.wasap.my/6019-8007108 (Encik Jipin Helion)
📞Ext: 200503
🖥️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Sektor Pemantauan dan Pematuhan)

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Bayaran Pembekal & Kakitangan, Jabatan Bendahari

 

 

PEMAKLUMAN PERALIHAN KE SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN IICS (MODUL CLAIM, ADVANCE & OVERTIME) BAGI TUNTUTAN KAKITANGAN DAN PERMOHONAN PENDAHULUAN DIRI & PELBAGAI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Untuk makluman, sistem Pengurusan Kewangan IICS (Modul Claim, Advance & Overtime) boleh diekses bermula 30 Jun 2025. Selepas tarikh tersebut, sebarang permohonan aktiviti dan tuntutan perjalanan, tuntutan elaun lebih masa serta permohonan pendahuluan hendaklah dimohon secara atas talian melalui sistem Pengurusan Kewangan IICS.

Sesi workshop online akan diadakan bermula 30hb Jun – 2hb Julai 2025 bagi memberi panduan berhubung tatacara permohonan atas talian. Kepada warga UMS yang berkelapangan adalah dijemput hadir pada mana-mana sesi seperti di bawah melalui pautan berikut:

 

Sesi 1 : 30/6/2025 (Isnin)

- Sesi Pagi : 9.30 pagi – 11.30 pagi / Sesi Petang : 2.30 – 4.30 petang

https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m15f4caea22119d2a07965b38103eea2f

 

Sesi 2 : 1/7/2025 (Selasa)

- Sesi Pagi : 9.30 pagi – 11.30 pagi / Sesi Petang : 2.30 – 4.30 petang

https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=me87fca5027ee15ab72c1cea4ac48be17

 

Sesi 3 : 2/7/2025 (Rabu)

- Sesi Pagi : 9.30 pagi – 11.30 pagi / Sesi Petang : 2.30 – 4.30 petang

https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m0ad2eefe6bdd193e45bc9c4290d569c9

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Bayaran Pembekal & Kakitangan

Jabatan Bendahari

 

Pengumuman Daripada: Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS (PPUMS) di atas pencapaian pengiktirafan dan anugerah sempena Konvensyen Pengurusan Ke-2 Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2025 pada 19-21 Jun 2025 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI).
 
KATEGORI ANUGERAH PERSATUAN
Anugerah Persatuan Pentadbir Universiti Awam Cemerlang - Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS (PPUMS)
 
Anugerah Presiden Persatuan Pentadbir Universiti Awam Cemerlang - Puan Alna Tugon, Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS (PPUMS) 
 
KATEGORI ANUGERAH MAJLIS PERSATUAN PENTADBIR UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MASTI)
Anugerah Majlis Tertinggi MASTI Sesi 2023/2025 Cemerlang - Puan Alna Tugon, Ketua Setiausaha Kehormat, Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI)
 
Anugerah Ahli Jawatankuasa Eksekutif MASTI Sesi 2023/2025 Cemerlang - Puan Molly Dona Binti Awang Sham, Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS (PPUMS) 
 
KATEGORI LAIN-LAIN
Anugerah Pengurusan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Universiti Awam Cemerlang - Universiti Malaysia Sabah (Tempat Kedua) antara Universiti Awam pelaksanaan penuh SSPA pada 2 Februari 2025. 
 
Anugerah Khas Kecemerlangan Organisasi Bakat Pentadbir Universiti Awam
 
En. Abdul Haidy Bin Abdul Hamid
Pakar Rujuk Pentadbiran MASTI
 
Puan Alna Tugon
Modul Transforming Administration Into Managers, Practitioners And Leaders (TERAMPIL)
 
En. Abdul Haidy Bin Abdul Hamid
Modul Transforming Administration Into Managers, Practitioners And Leaders (TERAMPIL)
 
Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS (PPUMS) - UMS Penganjur Program Pemukiman MASTI (6)