Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Selamat sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN UJI BAKAT INNOVATHON MUSIM KE 3
 
UJI BAKAT INNOVATHON MUSIM KE-3 KINI KEMBALI!
 
Pencarian bakat baru ‘INNOVATHON’ musim 3 melalui sesi uji bakat terbuka akan bermula pada 10 Jun sehingga 5 Ogos 2025 di enam (6) zon utama seluruh Malaysia, termasuk Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Johor dan Kuala Lumpur. 
 
Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyeru seluruh warga kampus dan rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan Rancangan Realiti TV INNOVATHON MUSIM KE 3!
 
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai uji bakat bagi pencarian Innovator kreatif dan berbakat musim ini di lokasi-lokasi terpilih bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. 
 
Lokasi ujibakat mengikut kawasan:
 
📍 Makeramai Makerspace, Plaza Merdeka (SDEC), Kuching, Sarawak
🗓️ 10 & 11 Jun 2025
 
📍 Digital Penang, George Town, Pulau Pinang
🗓️ 24 & 25 Jun 2025
 
📍 Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah
🗓️ 01 & 02 Julai 2025
 
📍 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
🗓️ 15 & 16 Julai 2025
 
📍 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor
🗓️ 29 & 30 Julai 2025
 
📍 Universiti Malaya, Kuala Lumpur
🗓️ 04 & 06 Ogos 2025
 
Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyeru seluruh warga kampus dan rakyat Malaysia untuk menyertai pencarian innovator kreatif dan berbakat musim ini!
 
✨ Peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM100,000!
💼 Program sokongan pembangunan perniagaan bernilai terkumpul sehingga RM1,000,000!
 
📲 Layari gempak.com/innovathon untuk maklumat lanjut.
 
📣 Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Masa anda sudah tiba untuk menyerlahkan potensi ciptaan anda!
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
En. Mohd Aiddy Suffian Abd. Rashid 013-5810910 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.    
En. Mixsius Sumpongul 011-51454370 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
Selamat berjaya dan selamat berinovasi!
#UMStheBrainofBorneo #InI.UMS #ppipums

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

TAWARAN BIASISWA PENUH BPMB KEPADA PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
📅TARIKH TUTUP PERMOHONAN:  01 JULAI 2025
 
📑SYARAT PERMOHONAN
•     Pelajar merupakan Warganegara Malaysia 
•     Beragama Islam 
•     Pelajar adalah terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin 
•     Sedang menuntut Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa 
•     Pelajar berada dalam semester kedua atau ketiga pengajian sahaja
•     Memperoleh PNGK minima 3.00 
•     TIDAK menerima sebarang TAJAAN atau BIASISWA PENUH daripada mana-mana pihak organisasi lain seperti; (Yayasan Negeri/Zakat Negeri/Petronas/BKNS/MARA)
 
PENTING‼️
•     Permohonan yang menerima bantuan Separa seperti bantuan PTPTN masih layak untuk memohon
 
CARA MEMOHON:
📝ISI BORANG PERMOHONAN DENGAN MENEKAN LINK👇🏻
 
SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI;
UNIT ZAKAT DI TALIAN 
☎️088-320 624
 
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan OKU

 

SESI PERKONGSIAN: PENGUCAPAN AWAM
 
📅 18 Jun 2025 (Rabu)
⌚ 2.30 petang - 3.30 petang
💻FB Laman Pusat Pengurusan OKU
🗣️Encik Muhammad Jumrat bin Minsun, Pegawai Psikologi Kanan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar
 
✅Mata IDP/SDP disediakan
 
Anjuran: Pusat Pengurusan OKU, UMS
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Salam Sejahtera YBrs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Perkhidmatan Mencetak Kad Nama
 
Penerbit UMS menawarkan perkhidmatan mencetak kad nama yang berkualiti tinggi dengan harga yang mesra bajet! Pesan sekarang dan nikmati nilai terbaik untuk wang anda!