Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan terhadap perkhidmatan kami.
 
Bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pihak kami sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan. Justeru itu, kami amat menghargai sekiranya YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik ini.
 
Soal selidik boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera di poster atau melalui pautan berikut:
 
 
Segala maklum balas yang diterima akan digunakan sebagai asas penting dalam menambah baik mutu dan keberkesanan perkhidmatan kami.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Dapur Rahmah (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk Program Iftar (Berbuka Puasa) Sepanjang Bulan Ramadan,  Iftar (Berbuka Puasa) Isnin dan Khamis, Kupon Makanan Percuma, Pek Makanan Percuma Infaq Anjung Rahmah, Pek Makanan Percuma Kelas Tafaqquh Fiddin Dan Lain-lain aktiviti kebajikan. 
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Infak Dapur Rahmah
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
 
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
 
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.

 #infakdapurrahmah
#umsshare
#umsleadingtowardsinnovativesocieties

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

🎉 SELAMAT MAJU JAYA AUDITEE UMS! 🎉
Kami ingin menyampaikan sokongan penuh dan ucapan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua JAFPIB yang terlibat dalam Audit Pematuhan Ke-2 ini!
Fokus utama audit kali ini adalah bagi pensijilan:
  1. Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) 2nd Surveillance ISO 45001:2018.
  2. Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya (RTSMS) MS ISO 39001:2013.
Kami yakin dengan segala persiapan yang telah dilakukan. Semoga semua pihak dapat memberikan kerjasama terbaik dan menunjukkan komitmen cemerlang dalam mengamalkan sistem pengurusan keselamatan & kesihatan Pekerjaan dan Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya
Senarai Pihak yang Diaudit (Auditee): (Sila rujuk pada senarai penuh dalam poster)
  • SPKKP: UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Jabatan Bendahari, Fakulti Pertanian Lestari, Fakulti Sain Makanan dan Pemakanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Bahagian Perkhidmatan Akademik, Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkormesialan, Pusat Pengurusan Ecofarm, Pusat Pengurusan Penyelidikan, Pusat Penataran Ilmu & Bahasa dan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif.
  • RTSMS: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Bahagian Keselamatan UMS.
🗓️ Tarikh Audit: 19 – 21 November 2025 
🔍 Badan Pensijilan: NIOSH Certification Sdn Bhd
 
Mari kita sama-sama pastikan kelancaran proses audit ini dan membawa nama UMS ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi!
 
#SelamatMajuJaya #AuditeeUMS #AuditPematuhan #ISO45001 #ISO39001 #UMS #NIOSH #QualityManagement #BertamadunCemerlang