PENGUMUMAN DARIPADA:     PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA, UMS
SUBJEK:     MISI BANTUAN KG. NOLOTON, KOTA MARUDU BERSEMPENA RAMADAN
 
Dimaklumkan bahawa JK Kebajikan dan Libatsama Masyarakat, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS  akan membuat kutipan derma ikhlas dalam bentuk kewangan atau barangan makanan/keperluan untuk Misi Bantuan Kg.Nolowot bersempena Ramadan 2017.
 
Sehubungan dengan itu, tabung kutipan tersebut akan diletakkan di pejabat Pentadbiran PPIB, dan pusat pengumpulan sumbangan adalah di Pusat Sumber PPIB bermula 07 Jun 2017 hingga 20 Jun 2017 (8-5pm – waktu pejabat). Sumbangan akan dihantar dalam bentuk kit Ramadan kepada setiap keluarga. Setiap kit mengandungi barangan berikut:
 
1. Beras 5kg
2. Minyak masak 500ml
3. Garam 2 bungkus
4. Gula 1kg
5. Tepung 2kg
6. Biskut Raya
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
  • Pn. Veronica Petrus Atin (Ketua Unit Libatsama KARIB) – 01126857017
  • En. Rudie Adie Razak (AJK Unit Libatsama Masyarakat KARIB) – 0128204798
  • En. Budi Anto M.Tamring (Pengerusi KARIB) – 0168314676
 
Sumbangan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 
Budi Anto M.Tamring
PENGERUSI JK KARIB
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA

Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan & Inovasi
Subjek
: Pelawaan untuk Mengemukakan Permohonan Bagi Skim Penyelidikan Bersama Satu Anjuran Universiti Kebangsaan Cheng Kung (NCKU), Taiwan
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Penyelidikan Bersama SATU yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Cheng Kung (NCKU), Taiwan  telah dibuka.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan skim penyelidikan tersebut mengikut format yang telah diberikan, dan mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sebelum atau pada 7 Jun 2017 (Rabu).
 
Disertakan bersama ialah garis panduan dan borang permohonan untuk perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.