Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Perpustakaan UMS menjalankan Kempen Derma Buku 2024 sama ada sumbangan bahan bacaan terpakai atau baharu. Buku Ilmiah, motivasi, agama atau novel.
 
Sumbangan boleh disalurkan ke peti "Book Donation" Perpustakaan UMS atau ke Unit Hadiah dan Pertukaran Perpustakaan UMS.
 
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada nombor yang tertera.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data Kecerdasan Buatan (DARTIC), UMS

 

Dimaklumkan bahawa Sistem Data Warehouse UMS (DWH) akan mengalami gangguan capaian disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan  dan pengemaskinian Sistem Pengoperasian Pelayan (Server) DARTIC pada Tarikh dan masa berikut:

 

Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sistem akan mengalami gangguan sementara.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian dan Terima Kasih, 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan 

 

 

Anugerah Harta Intelek, Pengkomersialan, dan Perundingan (AHIPP 2024)
 
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) dengan bangganya memaklumkan bahawa Anugerah AHIPP akan diadakan pada 2 Ogos 2024 di Kompleks Dewan Kuliah ke-2, Universiti Malaysia Sabah sempena Majlis Penutupan dan Penyampaian Anugerah Ekspo Kecemerlangan Reka Cipta (EXCOCIPTA 2024)
 
Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam penghasilan harta intelek, pengkomersialan, dan perundingan. Anugerah ini merupakan platform penting untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa dan sumbangan signifikan dalam menyumbang penjanaan kewangan kepada Universiti.
 
#leadingtowardsinnovativesocieties #excocipta2024 #AHIPP2024