PENGUMUMAN DARIPADA : PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK : MAKLUMAN WAKTU OPERASI KOLEKSI KANAK-KANAK
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, untuk makluman Perkhidmatan Koleksi Kanak-Kanak mula beroperasi mengikut ketetapan  berikut:-
 
HARI
MASA
Isnin
2.00 Petang – 5.00 Petang
Selasa
9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Rabu
2.00 Petang – 5.00 Petang
Khamis
9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Jumaat
2.00 Petang – 5.00 Petang
 
*PERHATIAN: Keselamatan kanak-kanak adalah dibawah tanggungjawab ibubapa. Kanak-kanak dibawah 8 tahun perlu ditemani oleh ibubapa/penjaga.

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT OPERASI MEL UMS, BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN (BPG) KE PEJABAT BPG, ARAS 4, BANGUNAN CANSELORI
 
TUJUAN : PERPINDAHAN PEJABAT OPERASI MEL UMS, BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN (BPG) KE PEJABAT BPG, ARAS 4, BANGUNAN CANSELORI
 
TARIKH : 14 Februari 2019 (Khamis)
 
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara yang dinyatakan di atas. 
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Operasi Mel UMS, BPG yang pada masa ini terletak di bangunan bersebelahan Pusat Minda Lestari (PML) akan berpindah ke Pejabat BPG, aras 4, Bangunan Canselori. 
 
3. Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa 14 Februari 2019 (Khamis) sebarang urusan penerimaan dan penghantaran surat/bungkusan serta pengurusan Pos Laju akan beroperasi di lokasi baharu tersebut. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak YBrs. Prof/Dr./Tuan/Puan untuk mewar-warkan perkara ini kepada semua kakitangan di Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian masing-masing. 
 
Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan mengenai perkara di atas amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
 
Sekian.