Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.18/2024 Kali ke-376 pada 8 Oktober 2024 (Selasa) telah bersetuju meluluskan cadangan penstrukturan dan penjenamaan semula Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) ke Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC). Sehubungan itu, sebarang urusan dengan PKPKP hendaklah menggunakan nama baharu seperti yang dinyatakan di atas.
 
3.       Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh hubungi Encik Abdul Haidy bin Abdul Hamid melalui talian +60 11-2526 7577 atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

KEMBARA eUSAHAWAN 2024: ZON SABAH
 
Perhatian kepada semua warga Sabah, terutamanya golongan pelajar dan usahawan PKS!!!
 
MDEC dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), bakal membawakan kepada anda program Kembara eUsahawan yang bertemakan “Bila Klasik Bertemu Digital”! Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi perkongsian dari pemain-pemain industri terkemuka.
 
Bukan itu sahaja, para peserta juga berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan pempengaruh jemputan yang di bawa khas kepada anda, ikon usahawan muda terkenal, Azzim Zahid @ Meri, Pengasas Bulan Bintang dalam sidang interaktif kami!
 
Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut: 
Tarikh: 9 November 2024 (Sabtu)
Masa: 9 pagi – 4 petang
Lokasi: Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu Sabah
Tema Pakaian: Klasik dan Tradisional
 
Antara aktiviti-aktiviti lain adalah:
  • Pameran daripada agensi dan rakan industri seperti TikTok Shop Malaysia BlazeTech, ReviewBah, FAMA dan POS Malaysia bagi membantu dalam mengembangkan lagi perniagaan anda.
  • Latihan praktikal dalam membina kandungan digital yang berkesan bagi meningkatkan kemahiran pemasaran anda daripada Hasbul Brothers (Nazirul Ikram).
  • Hadiah-hadiah menarik untuk sesi cabutan bertuah dan pakaian terbaik kepada para pengunjung. 
Ayuh kita memeriahkan program ini kerana kmasukan adalah PERCUMA ‼️ 
 
 
Jom ramai-ramai kita berjumpa di Pusat Islam, UMS sambil berpakaian TRADISIONAL DAN KLASIK kerana anda berpeluang memenangi hadiah PAKAIAN TERBAIK dan juga CABUTAN BERTUAH di Kembara eUsahawan nanti! 
 
Jumpa anda di sana !!!!
 

 

Announcement From: Career and Entrepreneurship Development Centre

 

🚨 UMS JOB FEST 2024 is here! 🚨
 
📅 Date: 6th December 2024
🕙 Time: 10 AM - 4 PM
📍 Location: DKP23, Kompleks Dewan Kuliah Pusat, UMS Kota Kinabalu
 
Attention UMS graduates! 🎓 
This is your golden opportunity to connect with top employers and kick-start your career. Whether you’re looking for your first job or exploring new opportunities, UMS Job Fest 2024 has it all!
 
Why you should attend:
✅ Meet with recruiters from leading companies
✅ Discover internship and job openings
✅ Gain insights into your chosen industry
✅ Network with professionals and peers
 
🎁 Exciting Prizes: Attend and stand a chance to win an Apple Watch in our lucky draw!
 
🖊️ Pre-registration is now OPEN! Secure your spot today: www.umscareerfair.com 
 
Don’t miss out on this career-defining event! Share this with your friends and classmates, and let’s make UMS Job Fest 2024 the most successful one yet! 🎉 #UMSJobFest2024 #UMSCareerFair #SabahanTalent #GraduateOpportunities