Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 

📢📢🔊 🔊🔊HEBAHAN KIDNEY RUN FOR CHARITY 2024 🏃🏻‍♀🏃🏼‍♂
 
Jom semua sertai "Larian Kidney Run For Charity 2024"
 
Tarikh: 16 November 2024 (Sabtu)
Masa: 6.30 pagi (Flag Off)
Tempat: Padang Kawad UMS
 
Kategori Larian:
 
Women Open
Women Veteran
Men Open
Men Veteran
 
Jarak Larian:
3 KM
10 KM
 
Yuran Penyertaan:
Early Bird (sehingga 15 September 2024)
 
3 KM: RM65
10 KM: RM75
 
Harga Biasa (pendaftaran terakhir *pada 30 September 2024):
 
3 KM: RM75
10 KM: RM85
 
Pelajar:
3 KM: RM50
10 KM: RM60
 
Pakej Larian termasuk:
1)T-Shirt
2) Bib
3)Medal
 
Hadiah:
 
💸💸🥇🥈🥉Wang tunai untuk tempat pertama hingga ketiga
🎁🎁Hamper untuk tempat keempat hingga kesepuluh bagi kategori 10km
 
Pendaftaran:
Sila daftar menggunakan kod QR yang terdapat pada poster atau hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut.
 
Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Sokongan anda amat bermakna dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan dana bagi pesakit buah pinggang. Jangan lepaskan peluang ini untuk berlari sambil beramal🤗🥰
 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

📍 MENGAPA ANDA PERLU BERZAKAT DI KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
 
- Ejen Pungutan & Agihan Lantikan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
- Menggunakan resit rasmi daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
- Mendapat rebat cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- 50% daripada hasil pungutan akan diagihkan kepada asnaf UMS
- Sebanyak RM1.05 Juta telah diagihkan kepada kakitangan & pelajar asnaf UMS pada tahun 2023
 
📍 JOM BERZAKAT DI PUSAT ISLAM UMS📍
 
(Secara Fizikal)
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Pejabat Pusat Islam UMS
 
(Secara Atas Talian)
Hubungi Perunding Zakat 
 
“Seseorang lelaki daripada Bani Tamim telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah aku memiliki harta yang banyak juga mempunyai keluarga dan anak-anak. Terangkan kepada ku, bagaimanakah harus membelanjakannya dan apakah yang harus aku buat?”. Jawab Rasulullah SAW: “Engkau keluarkanlah zakat sebahagian daripada hartamu kerana sesungguhnya ia (zakat) adalah penyuci yang menyucikanmu dan engkau menghubungkan silaturrahim kaum kerabatmu.”
 
(HR Ahmad)
 
#zakatmembawaberkat
#UMSshare
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

 

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar baharu Asasi UMS Sesi 2024/2025. 
 
Minggu suai mesra dijalankan pada 22 - 25 Julai 2024. Majlis Ikrar Aku Janji akan diadakan di Dewan Resital, UMS pada 25 Julai 2024.
 
Ikuti berita selanjutnya di 
Facebook: https://www.facebook.com/share/qvHJW7QRoS6a6vnB/?mibextid=LQQJ4d 
Instagram: https://www.instagram.com/stem_aums/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@aumsppst?is_from_webapp=1&sender_device=pc
Youtube: https://youtube.com/@pejabatpusatpersediaansain6334?si=CA_7z4a4DCE4IgIC
 
Selamat maju jaya dan Bertekad Cemerlang! 🎓
 

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

 

Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Canselori
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan melalui QR Code tersebut.
 
Maklumbalas anda amat kami hargai.
 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan.
 
Sila imbas kod QR di atas atau melaui Pautan:
 
Terima kasih atas maklum balas anda.
 
Sekian.