Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS (PIUMS)

 

 

🌙 KELEBIHAN BERPUASA SUNAT ENAM HARI DI BULAN SYAWAL🌙

 

  1. Pahala sama dengan berpuasa setahun.
  2. Puasa pada bulan Sya'ban dan Syawal Puasa pada bulan Syaaban dan Syawal menyempurnakan puasa Ramadan.
  3. Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  4. Bukti syukur kita kepada Allah SWT.
  5. Bukti keikhlasan amal soleh sepanjang bulan Ramadan.

 

#syawal1445H

#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

❗ KIRAAN ZAKAT KENA RENEW❗

 

Salah satu syarat wajib berzakat adalah cukup haul (genap setahun). Melalui potongan gaji, pencarum tidak terasa banyak untuk tunaikan zakat setahun sekali.

 

Namun, beberapa faktor yang mempengaruhi kadar potongan zakat berjadual adalah seperti berikut:-

- Jumlah gaji yang diterima (gaji kasar)

- Jumlah tanggungan

- Caruman KWSP

- Jumlah pemberian bulanan kepada ibubapa

- Jumlah simpanan bulanan ke Tabung Haji

 

Oleh itu, pencarum dinasihatkan untuk membuat kemas kini secara berkala apabila berlaku perubahan kepada faktor - faktor diatas bagi mengelakkan kekurangan jumlah wajib dizakatkan.

 

📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍

 

Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat

Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang

Tempat: Pusat Islam UMS

 

Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:

Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)

Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)

Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)

Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)

 

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."

 

(At - Taubah 103)

 

#zakatmembawaberkat

#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS)

 

 

Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) dengan kerjasama Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Sabah Chapter ingin menjemput semua untuk mengikuti Larian Amal "7K Campus Run."

 

Berikut adalah objektif bagi Larian Amal ini:

 

💲 menjana dana kebajikan bagi Rumah Amal "Bukit Harapan" bagi golongan kurang upaya, mangsa dera dan golongan kurang bernasib baik.

🏃‍♂️ memupuk penjagaan kesihatan di semua lapisan masyarakat.

🤝 memupuk hubungan silaturahim dengan masyarakat sekitar.

 

Maklumat program adalah seperti berikut;

 

Tarikh     :  30 Jun 2024 (Ahad)

Masa       : 5.30 pagi

Tempat   : Dataran Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah

 

Kategori;

  1. Kategori A : Terbuka (Umur 22 tahun ke atas)
  2. Kategori B : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
  3. Kategori C : Pelajar Universiti, Kolej dan Politeknik

    

Sebarang pertanyaan, sila hubungi AJK Pendaftaran;

📲Pn Faranizah Taufick (014-8569013)

📲Pn. Petherine Jimbau (013-5457284)

(Pendaftaran Manual bermula dari 10 pax ke atas)

 

Tunggu apa lagi, jom bersukan sambil beramal!

 

Pautan pendaftaran; https://www.ticket2u.com.my/event/34490

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Perpustakaan

 

 

Arkib UMS bertanggungjawab memelihara rekod penting universiti demi pengekalan memori institusi dan rujukan oleh warga universiti pada masa akan datang.

 Sebarang persoalan, sila berhubung dengan Encik Mohd Tajuddin Atin atau Puan Setra Ginsim di Sektor Arkib Universiti atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan

We are ready. Are you?

 

 

Announcement From: Jabatan Perpustakaan

 

 

📝Latest: Trial database now available for access! 

ProQuest Ebook Central 

[Trial access until 30th April 2024]

 

📌EBOOK CENTRAL provides authoritative, full text e-books in a wide range of subject areas along with powerful tools to find, use and manage the information.

 

👉Trial available through UMS Library Website

🌐https://www.ums.edu.my/library  

🌐https://www.ums.edu.my/library/index.php/en/collection-new/e-resources-new

 

Happy exploring!