Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Pihak Perpustakaan ingin memaklumkan bahawa Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup bermula jam 8:00 sehingga jam 10 malam (16 April 2025) bagi kerja-kerja menaik taraf Unit Pengendalian Udara (AHU).
 
Sehubungan itu, pihak Perpustakaan ingin memohon maaf atas kesulitan yang dialami.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

🌙✨ BENGKEL PERUBATAN ISLAM (RUKYAH SYARIYYAH) 1446H/2025M ✨🌙
 
Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Bengkel Perubatan Islam (Rukyah Syariyyah), yang akan diadakan pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
📆 Tarikh   : 30 April 2025 (Rabu)
⏰ Masa    :  8.00 pagi hingga 5.00 petang
📍 Lokasi   : Bilik Seminar 1, Pusat Islam UMS
🔗 Borang Penyertaan:
 
Sehubungan itu, YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari dijemput untuk menyertai  Bengkel Perubatan Islam bagi mempelajari kaedah rawatan yang tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan jasmani tetapi juga mendalamkan penghayatan spiritual.
 
📝 Mata IDP disediakan
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 011-3734 1337

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr/ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

JOM LAKSANAKAN IBADAH KORBAN TAHUN INI 1446H/2025M! 
 
Assalamualaikum w.b.t.,
 
Pusat Islam UMS mempelawa semua warga UMS dan Umat Islam menyertai Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
 
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” 
(Surah Al-Kauthar: 1-2)
 
📍 Borang Penyertaan dibuka sekarang! 
 
📍 Terhad Untuk 5 Ekor Haiwan Korban Sahaja
 
✨ Jangan lepaskan peluang untuk menghayati semangat pengorbanan dan membantu golongan yang memerlukan. 
📞 +60 13-872 8323 / +60 19-873 7704
 
Korban anda, pahala berpanjangan.