Pengumuman Daripada
: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek
: Pelawaan Untuk Menyertai Biopitching 2017 Sempena Biomalaysia 2017
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Untuk makluman, satu sesi BioPitching akan diadakan sempena penganjuran BioMalaysia 2017 yang bertujuan untuk membantu para penyelidik dalam permohonan pembiayaan penyelidikan daripada agensi-agensi berkaitan serta jabatan kerajaan. Tiada sebarang cas akan dikenakan namun peserta dikehendaki untuk mendaftarkan diri bagi proses senarai pendek.
 
Bersama-sama ini disertakan maklumat serta borang pendaftaran bagi sesi BioPitching tersebut. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila berhubung terus dengan pihak Urusetia BioMalaysia 2017:
i.
Siti Aqilah Kasim – Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ;
 
012 660 2311
ii.
Hardi Raimee A Bakar – Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ;
 
010 231 0518
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Bahagian Pentadbiran & Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek
: Pemakluman Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah
 
PEMAKLUMAN MENJALANKAN FUNGSI TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah bersetuju, YBrs. Prof. Dr. Rasid Mail, menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) berkuatkuasa pada 15 Julai 2017 sehingga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang baharu dilantik.
 
Sekian, terima kasih.