PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI:  URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB;1034/4146/1065
SUBJEK:  MAKLUMAN AWAL BAGI PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) BAGI FASA 1/2017

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2017 bakal dibuka bermula pada sesi pendaftaran pelajar pascasiswazah diadakan, iaitu 24 Februari 2017 (Jumaat).
 
Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan permohonan mengikut format yang diberikan, dan mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dalam tempoh tiga (3) minggu setelah pendaftaran pelajar tersebut dibuka.
 
Disertakan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang permohonan untuk rujukan dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Pn. Norainie Awot) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 4146 / 1034.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT JARINGAN  INDUSTRI DAN KOMUNITI
SUBJEK: PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI (ICOE) KLUSTER PERTANIAN
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan dana ICoE Kluster Pertanian kini dibuka sehingga 15 Februari (Rabu) 2017.
 
Kriteria Kertas Kerja yang berimpak tinggi :-
  1. Program tersebut memberikan sijil kemahiran.
  2. Terdapat peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri.
  3. Mempunyai industri utama sebagai rakan industri
  4. Perkongsian dana (Industri/Agensi, Institusi dan ICoE)
 
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, layari http://icoe.ums.edu.my. Sebarang pertanyaan juga, boleh dimajukan melalui email (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan melalui telefon (088-320000, ext 612701/612700).
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan
 

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
 
SUBJEK : PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN                   
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V2/index.php/en/easy-access/borang-borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 15 Februari 2017 (Rabu) 
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KUMUNITI
 
SUBJEK: JEMPUTAN KE "iEYDFC AND AGREX 17"
 
Dear APUCEN members,

Greetings from APUCEN!

You are cordially invited to the upcoming events in February by our fellow institution members in Malaysia. Details of the event are as follows :

1) International Workshop on Empowering Youth for Drug-FreeCommunity (iEYDFC)
This workshop aims to strengthen the awareness, responsibility and care of society especially among the youth in providing any form assistance in terms of emotional, psychological, spiritual and physically in understanding the process of prevention, treatment and rehabilitation of drug abuse.
 
Date : 4-8 February 2017
Venue : Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah, Malaysia
 
For more detailsplease visit http://i-eydfc2017.usim.edu.my or Ms. Kharunnisa at +6012-911 4696 .
 
2) International Conference On Agriculture Extension (AGREX’ 17)
International Conference on Agricultural Extension (AGREX) is a conference which has been organized since 2008. The previous conferences have been very successful in bringing together various stakeholders involved in agriculture extension. AGREX'17 carries the theme "Empowering Knowledge to Communities, Enhancing Food Security". It is hoped that the conference can be an effective platform to share efficient ways to extend knowledge in agronomic techniques and skills to rural communities to increase production and income.We welcome academics, researchers, policy makers,entrepreneurs and students to share their views and experiences.
 
Date : 14-16 February 2017
Venue : Universiti Putra Malaysia, Malaysia
 
For more detailsfeel free to visit http://www.uctc.upm.edu.my/agrex17.

PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN JARINGAN KOMUNITI, PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI 
 
SUBJEK: CADANGAN PROGRAM / PROJEK DIBAWAH INISIATIF NBOS 8: UNIVERSITY COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (UCTC) BAGI TAHUN 2017 DAN 2018
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.
 
2.        Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), mempelawa semua Universiti untuk mengemukakan cadangan program/projek UCTC yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dengan pengamalan prinsip NBOS (low cost, high impact, rapid execution and sustainability). Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini terhad kepada 10 cadangan terbaik sahaja bagi setiap universiti yang merangkumi 5 cadangan program/ projek bagi tahun 2017 dan 5 cadangan program/ projek bagi tahun 2018. Justeru itu, kami mengalu-alukan cadangan program/projek UCTC daripada semua pensyarah UMS.
 
3.         Bersama-sama ini disertakan format cadangan program/ projek UCTC seperti berikut:
 
4.         Cadangan Program/ Projek UCTC yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 21 Februari 2017 (Selasa) jam 5.00 petang untuk tindakan selanjutnya di Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CICN). Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada:
  • Prof. Madya Dr. Sivakumar Kumaresan
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pn. Harniwaty Ahmad Ali
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5.       Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.