PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR  
SUBJEK: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN  INOVASI)  UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempelawa kakitangan akademik yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Universiti tersebut dengan mengemukakan:
  1. Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran pasport; dan
  2. Key Performance Indicator (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).
3. Bersama ini dilampirkan iklan jawatan untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2016 (Jumaat).
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

SUBJEK : GANGGUAN CAPAIAN INTERNET MELALUI RANGKAIAN TANPA WAYAR UNIVERSITI

Dimaklumkan bahawa capaian Internet melalui Rangkaian Tanpa Wayar Universiti akan mengalami gangguan bagi memberi ruang kepada Pihak Telekom Berhad untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pengalihan kabel gentian optik pada Rangkaian MYREN di Sabah. Penyelenggaraan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh  & Masa Mula        : 22 September 2016 (Khamis) Jam 12 Malam
Tarikh  & Masa Berakhir  : 22 September 2016 (Khamis) Jam 3 Pagi

Dijangkakan akan berlaku gangguan capaian Internet melalui Rangkaian Tanpa Wayar Universiti sepanjang aktiviti penyelenggaraan dilakukan. Namun, capaian Sistem Aplikasi Universiti melalui Rangkaian Tanpa Wayar Universiti tidak terjejas.

Segala kesulitan amat kami kesali.

PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : JEMPUTAN KEPADA AHLI TISC UNTUK MENYERTAI WIPO DISTANCE LEARNING COURSES (DL-101)                                                   
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa PPI, UMS telah menjadi Host Institution di bawah  program Technology and Innovation Support Centres (TISC). Program ini adalah kerjasama antarabangsa di antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bersama World Intellectual Property Organisation (WIPO). Objektif utama kerjasama ini adalah untuk pembangunan dan pengembangan inovasi dan harta intelek di Malaysia.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak WIPO Academy telah membuka pendaftaran kepada ahli TISC untuk menyertai program latihan Distance Learning (DL). Penyertaan adalah percuma, namun tertakluk kepada kelulusan pihak WIPO. Sehubungan itu,  YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut dan memaklumkan kepada pihak PPI sekiranya telah mendaftar. Turut dimaklumkan bahawa, pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memberikan komitmen serta menghabiskan latihan sekiranya memilih untuk meyertai latihan tersebut.
 
Kursus tesebut akan berlangsung secara online dan diakhir kursus akan diadakan Peperiksaan (Objektif). Setiap peserta yang menamatkan peperiksaan dengan jayanya akan diberikan Sijil Penyertaan (Digital) oleh pihak WIPO.
Berikut adalah maklumat mengenai kursus:
 
Tajuk kursus : DL-101 General Course on Intellectual Property (DL101E16S4)
Tarikh akhir Pendaftaran : 16 Oktober 2016
Tarikh mula kursus : 17 Oktober 2016
Tarikh tamat kursus : 28 November 2016
 
Bersama ini dilampirkan Tatacara Pendaftaran WIPO Distance Learning-DL101 sebagai panduan dan rujukan lanjut untuk pendaftaran. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
  1. Pegawai TISC MyIPO : En. Abdul Hafiz/ Pn. Norahzlida (No. Tel. ; 03-2299 8570/ 03-2299 8809, Email ; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  2. Urusetia TISC UMS : Dr. Azaze @ Azizi Haji Abdul Adis (No. samb. :1171, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) / Pn. Rozaidah Amir Hussein (No. samb. :1631, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Sekian, terima kasih.