Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar

 

 

Assalammualaikum wbt. dan Salam sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dikongsikan poster pemakluman berkenaan Pembukaan Permohonan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) 90 Hari bagi Tahun 2025 [FASA KEDUA] untuk hebahan peringkat JAFPIB masing-masing.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Penerbit UMS ingin menawarkan Dana Penerbitan Artikel Fasa 2 seperti berikut:

Dana Penerbitan Artikel:

  1. Skim Dana Penerbitan Artikel 1.0 (SDPA 1.0)
  2. Skim Dana Penerbitan Artikel 2.0 (SDPA 2.0)
  3. Skim Dana Penerbitan Artikel 3.0 (SDPA 3.0) Fasa 2/2025 - Review Paper
  4. Skim Dana Penerbitan Artikel Dalaman (SDPAD)
  5. Insentif Penerbitan Jurnal UMS berindeks MyCite dan ke atas

 

Garis Panduan, Borang Permohonan dan dokumen berkaitan boleh dicapai melalui laman sesawang rasmi Penerbit UMS di pautan berikut:

https://www.ums.edu.my/penerbitv2/index.php/references-publication 

 

Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke Pejabat Penerbit UMS, Aras 2, Pusat Pengajian Pascasiswazah, Isnin-Jumaat, 9.00 pagi - 4.00 petang.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Dr. Sitty Nur Syafa: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

En. Alvin Azril Mahat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

 

📢 HEBAHAN FOODBANK MASJID UMS

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani,

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa  Foodbank Masjid UMS kini telah mula beroperasi sebagai salah satu inisiatif Unit Kebajikan, Pusat Islam yang disediakan bagi membantu golongan memerlukan khususnya para pelajar UMS sebagai bantuan makanan tambahan.

 

📍 Lokasi: Foyer Utama Masjid UMS

🕒 Waktu Operasi:

  • 11:00 pagi – 1:00 petang
  • 4:00 petang – 5:00 petang

(Hari Isnin hingga Jumaat sahaja)

 

✅ Tiada permohonan diperlukan

✅ Hanya perlu imbas kod QR sebelum mengambil makanan

✅ Ambil sekadar keperluan

 

 

📞 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • En. Ghazali – 014-912 6809
  • Pn. Fazelah – 016-865 5694

 

Terima kasih atas sokongan anda.